Selamat Hari Lahir Abah

Posted on

Selamat Hari Lahir abah!

Hari bersejarah ini, 56 tahun yang lalu abah lahir ke dunia. Abah lahir sebagai anak ke-2 daripada 4 adik beradik. Menjadi hero antara  seorang kakak dan 2 dua adik perempuan. Abah membesar di Pulau Lagenda [Langkawi] dengan kenakalan sehinggalah  Wan meninggal dunia saat abah berusia 13 tahun. Ini menjadikannya anak yang kental barangkali. Toklah yang bersusah-payah menjual laksa di kedai kecil hampir dengan laut sehingga abah berjaya melangkah ke menara gading [Universiti Malaya].

Sejak itu abah menjadi pendidik. Sehingga hari ini, tamatlah sudah tugasnya sebagai pendidik. Alhamdulillah, abah berjaya mencapai takah sebagai pengetua sebelum menamatkan tugasnya. Abah memang sangat berdedikasi dalam tugasnya dan tegas. Selalu sahaja memesan kami supaya menjadi anak-anak yang berdisiplin. Sangat sabar juga. Dan tidak berkira soal wang ringgit dengan orang lain. Namun sebagai anaknya, tidak semua yang ana minta ditunaikan. Abah memang sangat berjimat-cermat seperti mama. Tidak hairanlah matlamatnya tercapai saat pencennya sebagai jutawan. Ana berbangga dengan abah, yang sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Sekarang, sebagai anak sulung abah yang sudah besar, ana banyak berkongsi tentang hidup dan rasa. Abah tak jemu menasihati. Teringat saat-saat menikmati biru laut di Pulau Langkawi kata abah; bersyukurlah dengan segala nikmat dengan menggandakan ibadah. Bangun seawal pagi mengundang rahmat. Bersama solat dhuha, insyaALLAH rezeki akan berlipat-kali ganda datang bersama barakah Allah.

Dan saat ana bertanya tentang rasa hatinya ketika pencen; “Sayu”, bisik abah. Ana perasan abah yang termenung panjang di anjung, pasti mengingatkan saat-saat sukarnya bergelar anak yatim dan miskin.

Abah yang ana kagumi. Kerana disiplin hidupnya dalam ibadah dan kesungguhan mengamalkan walaupun tidak berpendidikan sekolah agama. Dan abah, yang ana sayangi kerana dialah sumber inspirasi. Selamat Hari Lahir abah! Semoga bertambahlah iman dan taqwa.

Kerana ana sememangnya anak abah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s