Rindu yang tak hilang

Posted on Updated on

https://wardahputeh.wordpress.com/2008/04/09/187/

Alhamdulillah, semuanya pulang dengan selamat. Mama, abah, mak cik, mak ngah dan pak cik semuanya demam, kecuali tok su.

Kota Mekah berdebu dengan terik mentari yang menggigit, kata abah. Kami berjalan jauh kali ini, kata mama.

Tetamu datang berziarah tak putus-putus. Alhamdulillah. Tanya kawan, apa yang mama dan abah belikan? Kata ana di dalam hati, rindu yang terubat dan kasih yang kembali.

Selain mama dan abah, ana memang tidak inginkan barang-barang lain. Cumanya atas ingatan kepada seorang anak, dapatlah kami adik-beradik jubah sehelai bersama sepasang kasut 10 riyal. Juga beg galas kecil hitam petak dengan bau Mekah yang masih melekat.

Seperti yang pernah tersiar di dalam akhbar, Masjidil Haram kini di dalam pembinaan untuk meluaskan kawasan. Kata mama, penuh orang Malaysia yang datang. Kata abah, kadang berhenti sebentar di bawah hotel Hilton mendapat udara sejuk pendingin hawa.

Benarlah, rindu memanggil-manggil untuk datang lagi ke sana. Terbayang kaabah yang pernah dijamah. Terbayang saat sejuk zam-zam diteguk sepuas-puasnya. Terbayang saat-saat indah menangis di kaki kaabah, merenungnya dengan sungguh-sungguh sambil menikmati aroma ibadah yang kuat sungguh menusuk dalam keramaian saudara-saudara berbeza bahasa, warna kulit, budaya namun dalam satu nama yang sama; AQIDAH.

Juga teringat kemurahan Pak Chaq membelanja nasi minyak bersama ayam pak Arab selepas selesai umrah. Makan bersama-sama disulam ketawa melayan keletah cik Siti dan Mira yang asyik terkentut sepanjang saie’. Hahaha~ Atau ice cream Mekah yang lain rasanya kerana bergaul udara barakah bumi Mekah. Juga saat menggigil ketika dingin air meratahi badan sebelum solat Subuh berjemaah di Masjidil Haram. Atau kelunakan bacaan solat yang mampu membuat tangisan keinsafan berputik.

Selawat dan salam buat Rasulullah di Madinah. Dan salam kemuliaan dan hormat buat sahabat-sahabat di perkuburan Baqi’, kerana cekal dan kuatnya baginda dalam sabar untuk menegakkan kebenaran dan mengajak kita ke jalan kemuliaan serta keselamatan di sisi Rabb.

Allah.

Sungguh-sungguh rindu.

3 thoughts on “Rindu yang tak hilang

    qdetactive said:
    June 10, 2008 at 12:00 pm

    rase teringin pulak nak buat umrah dengan haji cepat.

    org hensem said:
    June 11, 2008 at 6:38 am

    niat kena disertakan ngan azam… bukan ezam.

    pulasari = rz said:
    June 11, 2008 at 10:56 pm

    salam

    wah2…macama best jer ke sana…huhu harap dpat juga dapat buat umrah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s