Cerita tentang iCAST

Posted on Updated on

Ketika mula-mula melihat poster iCAST, perasaan teruja untuk melibatkan diri merambu-rambu. Seperti rasa teruja yang ana suburkan apabila melihat persembahan abang-abang dan kakak-kakak senior membentangkan hasil kerja tahun akhir mereka di bilik seminar. Atau keinginan untuk melepaskan diri seketika untuk menghadiri seminar bersama dalam penghasilan kertas projek yang baik di Kuliyyah of Medicine, namun tak kesampaian.

Peluang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Pertamanya kerana tidak perlu membayar apa-apa [yuran penyertaan RM200]. Kedua, tidak mengganggu masa kuliah. Ketiga, presenters yang datang dari pelbagai tempat, memungkinkan ana mendapat sesuatu. Ketiga, keperluan mendapatkan cop pengesahan untuk pertandingan menulis esei Perdana Foundation. Keempat, mengemas bilik di mahallah setelah lama ditinggalkan. Kelima, urusan kunci bilik-kena compound rm50! Adeh~[ Gara-gara demam tempohari.]

Perkenalan dengan Kak Muiez [staff UIAM] dalam kumpulan persediaan dan teknikal [prep. and tech.] adalah perkara pertama yang ana alami. Ketangkasannya mengurus kerja-kerja di dewan, buat ana rasa segan dan mula mencongak diri yang lembik; tak layak bekerja. Kata Kak Iz: cari kerja, jangan tunggu kerja cari kita. Katanya lagi: Jangan tunggu dan berharap orang yang buatkan untuk kita. Sememangnya dia tidak banyak mengarah, tetapi banyak berlari dan melompat ke sana sini, sehinggakan tidak sempat sarapan pagi. Sedangkan ana?

Hari pertama di Kampus Kuantan, saat menyusun tag nama peserta, hati melonjak ria melihat peserta yang datang dari pelbagai tempat dan institusi. Juga belajar cara-cara menguruskan pentas dan wayar-wayar yang berselirat. Hari kedua, ana bersyukur amat mendapat buku iCAST tentang kajian yang dijalankan pembentang [rosak/lekang] daripada seorang peserta. Juga cara-cara penyambungan kabel projektor di dewan.  Hari ketiga, tiba-tiba ditolak ke hadapan menjadi time keeper. Rasa malu menyerbu sampai tak dapat bernafas. Hehe~ Hari keempat, berlangsung perbincangan yang aman dan menarik sekali.

Juga ana perolehi, pengalaman berurusan dengan bijak pandai dari luar negara-Eropah dan Jepun. Dr Andy yang bersiap sedia awal-awal pagi lagi. Dr Makoto Sato dengan persembahan menarik menggunakan teknologi canggih dari Jepun tentang otak. Juga pensyarah-pensyarah dari UIAM sendiri dengan penemuan yang menakjubkan. Ana mensasarkan untuk berdiri pada situasi yang sama 2 tahun lagi, membentangkan hasil kerja. Seperti kata Br. Kamarul Rahim bekas HOD Biotechnology yang ana hormati; berdampinglah dengan pensyarah untuk menjadi penolong dalam kajiannya. Jangan lupa menerbitkan banyak hasil kerja/kajian secara lisan atau bertulis, moga-moga mudahlah mendapat pekerjaan nanti.

 Begitulah iCAST berlangsung dengan kemeriahan ilmunya yang melimpah-ruah seperti berada dalam taman-taman syurga. Selain makanan yang enak-enak belaka dan dinner di Astana Resort, gelak tawa bersama-sama teman dan staff menambah kesyukuran kerana keberadaan di sana. Alhamdulillah~

-kredit untuk Br Szakif untuk gambar #1 dan #2.

2 thoughts on “Cerita tentang iCAST

    atul said:
    June 20, 2008 at 12:48 pm

    aik..?gmbr sape tudung pink tu..hehehe..whatever cun la gmbr tu…hehe..xde pe la nak coment..erm…bt la byk2 lg cite..pastu xla gmbr byk2..hehe…cntk part iCast ni…:) semoga brjaya..:b

    alif zai mim ra said:
    June 27, 2008 at 11:30 am

    syg sekali hamba xdpt pi…ada urusan masa tu. xpa la..moga ada hikmah di sebaliknya…jmpa di Kuantan na.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s