Cuti yang hampir berakhir

Posted on Updated on

Alhamdulillah ana berjaya memperoleh lesen L motosikal semalam. Walaupun sampai lebam-lebam akibat terjatuh dan ditimpa motosikal serta dijerkah anak manja oleh jurulatih kerana tidak pandai menghidupkan motosikal. Huhu~ 

Agaknya kerana kesakitan bersilat lebih terasa peritnya dan kerana keberanian yang dipupuk sewaktu menyertai latihanlah yang membuat air mata tidak menitik. Juga hati tidak berasa sebal dan bebal dimalukan di hadapan lebih 30 orang. Alhamdulillah. Hikmah Tuhan merata-rata. Tinggal kita sahaja mahu mengutip atau tidak.

Ana berharap sangat dengan kehadiran skuter baharu yang dihadiahi abah akan memudahkan urusan di kampus. Skuter EGO kecil warna biru gelap second hand bersama raga yang comel bakal menjadi teman paling setia nanti. Alhamdulillah. Dengan keadaan dan perkhidmatan terhad yang disediakan pihak kampus, kenderaan yang dimiliki boleh menjimatkan masa dan tenaga. Juga amat berguna jika kuliah berlangsung pada hari Ahad atau kuliah malam. Dan skuter itu bakal menjadi penolong saat-saat berada dalam kecamuk program yang bertali-arus. Juga, moga-moga skuter comel itu bakal menjadi penyambung antara hati-hati; ana dan sahabat.

Semester baharu akan bermula tidak lama lagi. Tinggal 2 minggu bersama debaran yang kian rancak. Juga bertimpa-timpa perancangan untuk musim baharu. Tentang program GASS ’08 yang akan meraikan adinda-adinda [KOS]Kulliyah of Science dan urusan membeli buku-buku baharu untuk sahabat-sahabat [jika diminta]. Juga permintaan kakak naqibah yang telah ana persetujui. Ana juga berharap sangat dapat menyertai Seminar Perbandingan Agama [ajakan sahabat] dan konferens di ym bersama-sama sahabat di Timur Tengah 15 Julai ini [rujuk: mohd.zaki.m.noor@gmail.com].

Begitulah. Pasti ana merindui saat-saat “bersenang-lenang” di rumah sepanjang cuti 3 bulan ini. Juga pastinya ana akan merindui kelembutan bulu Si Gemuk. Hmm..

One thought on “Cuti yang hampir berakhir

    annamlatun said:
    June 23, 2008 at 1:26 pm

    hmm…GASS ’08? huhu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s