bekerja dengan tenang

Posted on

Bekerja di dalam persatuan ataupun terlibat dalam apa-apa program selain daripada menambah pengalaman hidup turut mendidik emosi dan akal supaya lebih relevan. Situasi kerja yang kadang beku dan hangat dengan emosi sedikit sebanyak menekan jiwa. Ada ketua yang tidak suka berkongsi pekerjaan dengan anak buahnya, menjadikan anak buah ‘terpinga-pinga’. Ada juga ketua yang memberi terus semua tugasan kepada anak buah sehingga anak buah merasa penat menguruskan. Tambahan pula dengan taklifan lain yang tidak putus-putus. Berprogram didefinasikan ana sebagai ruang yang menawarkan aktiviti sosial mengenal dan mengeratkan ukhuwwah di samping menambah pengalaman dan praktik hidup.

 

Ana sendiri meletakkan kepentingan berprogram sebagai salah-satu cabang daripada kewajipan sebagai seorang pelajar. Kesibukan atau timbunan taklifan yang terbeban di atas bahu ini bukanlah kebanggaan tetapi adalah pengorbanan untuk memperoleh sesuatau yang praktikal dalam hidup. Masakan mahu berbangga dengan segala jawatan yang pernah dipegang padahal jika diberi pilihan, ana rela menekur di hadapan buku mengejar cita-cita ibu dan ayah. Tetapi kerana kesedaran yang sejengkal inilah, membantutkan niat menjadi ulat buku 24 jam terus sehingga mati. Kerana ilmu itu bukan sekadar tulis, tetapi praktik!

 

Di luar sana, ramai amat yang mengalami picik minda, sendat jiwa. Minda mereka terbatas dengan sangkaan-sangkaan buruk. Jiwa mereka dikepung emosi-emosi negatif yang menghalang terus diri membesar menjadi insan yang Rabbani. Berdepan dengan insan-insan sebegini memerlukan kekuatan emosi dan kesabaran yang bukan sedikit. Seharusnya minda dihala kepada yang baik-baik sahaja supaya hubungan tidaklah keruh. Yang baik-baik sahaja itu semestinya dengan pemikiran ‘apa yang aku lakukan hanya kerana Allah S.W.T.’ Malahan Dia berfirman sesiapa yang membantu urusan saudaranya, maka akan dipermudahkan urusannya di akhirat.

 

Bekerjalah dengan lapang dada, terima seadanya dengan zikir hamdallah yang tak putus!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s