Waktu, lajukan larianmu!

Posted on

Awal Ogos. Masih belum mampu menelan segala ilmu yang telah diajar. Hujung bulan ini akan bermula peperiksaan pertengahan penggal. Segala rasa menyerbu ke dalam diri. Bimbang dan takut berbaur dengan kalut. Ingatan pada diri sahajalah yang mampu menggasak kemalasan untuk bangun dan berdikit-dikit menggali ilmu dengan serius dan fokus. Ya Allah barakatillah.

Adik ana demam khabarnya, setelah pulang dari Padang, Indonesia. Mungkin juga kerana bahang UPSR kian terasa [menjelang awal September ini-demam peperiksaan]. Hati ini tersentuh juga dengan jemari kerisauan, kalau-kalau adik tidak dapat menjawab dengan baik. Pun begitu, ana yakini bahawa dia mampu melakukan dengan sebaiknya. Sementelah, adik memperoleh 4A 1B dalam ujian pentaksiran dan 4A [satu subjek belum diketahui-sains] dalam percubaan baru-baru ini. Tahniah buat adik kerana berjaya mendapat markah tertinggi dalam sains semasa ujian pentaksiran. Moga-moga menjadi pelajar terbaik nanti. =)

Abah pula setelah pencen khabarnya menjadi tukang masak ‘sekerat’ masa. Asam pedas abah, gulai kari abah, sup sayur abah dan laksa abah memang sedap, tapi tentunya tak dapat menandingi mama. Hehe~ Mungkin ana patut hadiahkan buku masakan untuk abah. =)

Mama, pastinya sibuk dengan urusan perpustakaannya. Sekarang sudah ada tukang masak baharu di rumah, penat mama pasti berkurang. Betapa ana rindukan masakan mama.

Kata adik juga, majalah ANIS ada dikirim ke rumah. Maknanya karya ana tembus dan dipilih radio IKIM.fm. Alhamdulillah. Tidak perlu lagi membeli majalah kesayangan ana itu sepanjang 6 bulan. =)

Si Gemuk, kucing ana khabarnya makin kurus dan semakin ‘gatal’. Mungkin musim mengawan sekarang.=p Kata adik lagi, Si Gemuk sibuk mengintai kucing betina berbulu lebat jiran sebelah.

Hm…Betapa ana merindui semuanya. Segalanya.

-membilang hari untuk pulang. 30-8 ini. Waktu, lajukan larianmu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s