sikap manusia

Posted on Updated on

Bila begini selalu teringat mahu menangis di depan mama, meluah segala apa yang terbuku di hati dengan sikap manusia. Kata mama, kita tak boleh berharap pada manusia. Harapan biarlah disandarkan pada Tuhan. Berbuat baik jangan diharap dibalas baik. Boleh jadi berbuat baik dibalas jahat kembali. Diberi madu, dibaling tahi. Disuap kasih, dilontarkan benci.

Hati akan sakit jika tidak terikat dengan kata keramat “lillahitaala”. Tetapi sebagai manusia yang punya hati, ana menginsafi bahawa diri ini tidaklah sesempurna mana untuk mencicip kemanisan iman berterusan. Kadang yang baik selalu sahaja dipersoal kembali seolah-olah ada niat yang tersembunyi. Sedangkan pada hakikatnya yang tersembunyi itu adalah kasih dan sayang yang ingin diterjemahkan kepada saudara. Mungkin, zaman sekarang terlalu deras aliran kejahatan dan mazmumah, sehinggakan budi dianggap dosa.

Bila begini juga, ana menginsafi pengorbanan dan kasih mama dan abah yang tiada galang gantinya. Segala puji dan syukur kepada Allah kerana menghadiahkan mama, abah, adik dan Muhammad yang tulus kasihnya ke dalam hidup ana. Alhamdulillah.

Sedaya-upaya menyediakan diri untuk memahami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s