Study!

Posted on Updated on

 

Pertengahan Ogos, mula terasa diri kurang sangat membaca. Keinginan begitu menekan pula sekarang. Alhamdulillah, dua program sudah pun tamat. Taklifan dalam SAC pula bakal berakhir September ini. Ruang yang ada moga-moga diberkahi Tuhan untuk diisi dengan pelbagai perkara bermanfaat. Sekarang ana sudah mendaftar untuk jaringan tanpa wayar [baca: wireless] di bawah IIUM Kuantan. Tambah mudah maklumat untuk diperoleh. Motosikal yang sedia menjadi peneman itu juga tidak banyak meragam. Ana mula belajar untuk menunggang dengan baik. Alhamdulillah, segalanya mudah-mudah sahaja, perasaan takut hanya sesekali melintas.

Sekarang mahu fokus dengan projek EAP [English for Academic Purpose]:Recombinant protein: Gaining useful clinically compounds from transgenic plant is an advantage. Tajuk yang merangkumi banyak subjek sebetulnya. Sengaja ana memilih tajuk ini, berharap nanti akan dapat dijadikan rujukan/kajian berterusan sehingga FYP [Final Year Projek]. Biarlah sedikit getir, moga langkah menjadi mudah pada masa depan.

Minggu ini adalah minggu untuk belajar. Assignments, Quiz, Reports dan Role Play. Baru merasa diri adalah pelajar dalam erti kata yang sebenar. Sigh~ Minggu hadapan akan bermula Mid Term Examination. Waktu kian santak.

-berharap ada masa untuk berpuisi di WACKOS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s