iQUEST

Posted on Updated on

iQUEST 2008 berlangsung dengan meriah. Baiknya lebih banyak berbanding yang pertama. Tahniah kepada semua yang terlibat!

Awal pagi semalam ana berpeluang melihat gerhana bulan yang indah sekali dilatari langit gelap. Sedikit demi sedikit dadanya terdedah dengan kemilau yang amat sangat daripada hitam zulmat. Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang menciptakan langit dan rembulan yang begitu cantik untuk ditatap! Seolah-olah kebaikan itu adalah cahaya, bakal terserlah jua meskipun peralihannya lambat dan lama.

Nisfu Syabaan. Pagi yang  lapang. Ana menemani sahabat mengambil barang mentah di rumah sahabat lain. Kemudian menyaksikan kesibukan mereka menyiapkan laksa Pahang. Nampak menyelerakan, ada santan, isi ikan, lada hitam, daun kesum, bunga kantan dan air. Laksa dicelur dalam air panas, kemudian ditoskan beramai-ramai. Makan bersama cili yang dibuat sos. Memang meriah!

Juga ana sempat mencuba sukan memanah. Sayang sekali tersasar dan tak sampai. Tak mengapa, lain hari dan waktu akan dicuba lagi. Buat masa ini ana ingin menguatkan dulu otot. Mungkin patut riadah di gym semula, kali ini angkat pemberat.

Minggu ini ana diulit karya Faisal Tehrani yang baharu dibeli, satu buku tentang cara-cara menulis dan satu lagi Tunggu Teguh Dulu, dapati dengan harga yang murah berbanding certakan pertama; RM 25. Alhamdulillah~

Juga memborong tudung dan jubah untuk mama, adik dan diri sendiri. Hadiah tak seberapa untuk yang tersayang. Andai nyawa ditarik terlebih dahulu, harap-harapnya diri tidak terkilan. Luahkan rasa kasih, pamer rasa sayang..sebelum terlambat. Semoga diberkati Tuhan.

Sedang berdikit-dikit siapkan cerpen baharu..

One thought on “iQUEST

    annamlatun said:
    August 21, 2008 at 3:19 pm

    HUHU…terkejut tengok muka sendiri..=P

    semoga kerinduan yang membuak buat keluarga akan meneguhkan keazaman dalam diri kita yang lemah ni…=) (ni kata2 buat diri sendiri gak…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s