Selamat Datang Ramadhan!

Posted on Updated on

presentation5

Alhamdulillah, ana sudah selesai dengan pembentangan EAP yang pertama. Selepas ini akan terkejar pula dengan ujian pertengahan semester dan kuiz. Cinta semakin membuak-buak. Persis air yang dinyalakan api.

Rindu pun tak kurang hebat memujuk rayu untuk melayarkan ingatan yang tak berpenghujung. Pada adik, mama dan abah. Juga pada si Gemuk yang ingin benar digomol. Kata adik, hadiah hari lahir ana yang bakal menjelang sudah siap dibalut. Janjinya lagi mahu belanja sebiji kek Secret Recipi perisa Indulgence kesukaan ana. Usik-usik ana rupanya diambil serius oleh adik yang lurus bendul. Barangkali juga rindunya kepada ana juga tidak tertahan-tahan lagi. Rindu kami bertemu di muara perkasihan dua saudara. Mudik ke laut bertemu gelora cinta abah dan mama, sebiru air laut cinta mereka.

Barangkali Allah memang sengaja mencampak ana di sini. Di atas tanih yang harum dengan wangi peradaban. Rupanya benih yang ana punyai juga sudah lama bercambah, tunggu masanya untuk berbunga dan berbuah. Selepas itu, moga-moga manis buah dapat dikongsi bersama orang-orang yang tersayang.

Ramadhan juga sedang mendepangkan tangannya penuh mesra. Tersenyum dengan manis segalak senyum adik. Katanya, sekolah tarbiyyah sudah dibuka kembali. Nyalaan lampunya terang-benderang sekali. Syaa’ban berbisik sudah mahu pulang ke pangkuan Tuhan. Membawa bersama bekal yang dititip hamba-hamba-Nya. Syaa’ban pergi, Ramadhan yang dicintai datang kembali. Malam dan siang pun bakal meriah dengan segala acara menyembah Yang Esa. Ada merdu taranum yang berpanjangan, bersambung dengan bangun malam yang asyik dan meleret dengan zikir. Malahan, pasti tangan-tangan kian kerap menghulur dari atas. Alangkah meriahnya Ramadhan dengan kesturi kehambaan, rasa bertuhan. Selamat datang, Ramadhan!

Tak sabar untuk pulang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s