Belajar di Madrasah Ramadan

Posted on Updated on

Alhamdulillah. Pagi ini ana berpeluang menghadiri majlis tazkirah kendalian Br. Azman. Seingat ana sudah 2 tahun ana merindui laman ini. Laman tazkiyatun nafs yang benar-benar menyentuh hati.

Madrasah Ramadan

Ramadan tinggal 16 hari lagi. Sisa-sisa hari yang tinggal ini, tidak wajar dipersiakan. Inilah madrasah, sekolah buat jiwa manusia dalam membina kembali tiang iman yang telah menjadi puing-puing yang berterbangan. Inilah madrasah, yang ada silibus berterusan untuk membina tapak kepercayaan pada Islam supaya teguh menahan diri dari maksiat dan dosa.

Di madrasah Ramadan pelbagai acara dan program telah disediakan. Pada siang harinya bersahur dituruti dengan puasa dan kemudian ditamatkan dengan iftar. Pada malam harinya ada solat terawih dan qiamulail. Hari-harinya diisi dengan alunan tadarus al-Quran. Banyak amat untuk menjadikan kita terlalu sibuk. Namun demikian cukupkah jika mengikutinya?

Ramadan Sekolah Tarbiyah yang Punyai Roh

Kita berpuasa, tetapi masih tidak mampu menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang Allah. Kita mendirikan solat, tetapi tidak mampu untuk khusyu’. Kenapa? Mengapa?

Kerana kita tidak mengikutinya dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak cuba memahami silibus yang disediakan dan kita tidak mengamalkannya dengan ikhlas. Maka jadilah Ramadan medan sia-sia, lapar dan dahaga.

Ramadan ada proses, bukan sekadar program

Ramadan bukan menyediakan program yang berterusan sahaja, tetapi juga ada menyediakan proses. Proses yang tersirat. Proses yang hanya mampu dicapai oleh orang-orang yang mahu.

1. Taubah

Bertaubat seperti yang kita sedia maklumi, adalah pintu masuk menemui Allah. Kembali kepada Allah. Bertaubatlah di bulan yang mulia ini supaya mendapat keampunan Tuhan. Allah membentangkan ‘tangan’-Nya untuk memberi keampunan siang dan malam. Ampunan-Nya melebihi dosa yang pernah kita lakukan. Untuk bertaubah pula kita perlukan:

*ilmu: Supaya kita mengetahui bahayanya dosa jika tidak bertaubah. Kata imam al-Ghazali, dosa adalah penghalang kita dengan Tuhan. Kata Aisyah r.a: Kami memandang dosa seperti gunung di atas kepala yang hendak menghempap.  Sedangkan kita pada hari ini kebanyakkannya memandang dosa seperti lalat.

Dosa yang tidak diladeni dengan taubah akan memakan roh. Roh yang sakit dan tidak berfungsi inilah yang menyebabkan tidak khusyu’ dan tidak ikhlas dalam amalan. Bacaan al-Qur’an terasa membebankan, solat di awal waktu terasa menyusahkan dan kekhusyukan tidak dapat dicapai dalam solat.

Sehingga ke tahap ini, kita wajib memaksakan diri supaya merasa sakit apabila dosa menyentuh. Tinggalkan dosa dengan taubah.

*kehendak yang mantap [iradah]: Ilmu yang disulami iradah akan menghasilkan amal yang hebat sesuai dengan himmah/cita-cita yang tinggi.

*kesengajaan: Kesedaran yang tinggi bercampur dengan kefahaman dan ikhlas.

Terdapat 4 pembahagian hamba-hamba yang bertaubat:

1. Membuat dosa, lalu bertaubat dan mengulanginya dan bertaubat semula berkali-kali. Golongan ini adalah golongan yang berbahaya kerana mereka tidak melakukan taubah secara sedar. Penamat yang tidak baik [su’ khatimah] tidak bebas daripada mereka.

2. Membuat dosa dalam keadaan tidak sedar, lalu bertaubah.

3. Membuat dosa dalam keadaan tidak sedar, bertaubah berkali-kali walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan lagi setelah itu. Inilah golongan yang dibeli Allah dengan syurga.

4. Bertaubat pada masa-masa tertentu. Contohnya ketika ditangkap basah.

Proses bertaubat:

1. Kenalpasti dosa. Senaraikan.

2. Menyesal. Berasa benci.

3. Elakkan jalan menuju dosa

4. Ganti dengan kebiasaan yang baik.

5. Merawat keaiban, contohnya riak, di dalam hati dengan tawadhu’.

 

2. Zikrullah

Zikrullah dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara. Antaranya:

1. Suasana hati dan fikiran yang merasai Allah bersama kita.

2. Perasaan untuk dekat dengan Allah.

3. Tenggelam dalam zikir. Membaca al-Qur’an, zikir dan matsurat. Tadabbur ayat-ayat al-Qur’an selalu dan hafaz supaya suatu hari nanti dapat disampaikan kepada orang lain pula.

 

3. Tafakkur

Berfikir supaya keimanan kepada Allah bertambah. Rasai dengan hati dan kaitkan semua benda dengan Allah. Tafakkur terbahagi kepada dua:

1. Allah:

-penciptaan alam dan Pencipta

-Allah Maha Agung dan hebat

-Allah sumber nikmat dan rezeki

2. Hidup

-himpunan masa sebelum mati

-kita adalah makhluk yang sedang menanti hukuman mati

-fikirlah tentang:

a. tempoh ajal

-appoinment penting dengan malaikat maut

-umur di alam barzakh yang lebih panjang daripada umur di dunia, umur di padang mahsyar lebih panjang daripada umur di alam barzakh

-bekalan?

b. kedatangan mati

-tayangan keadaan kita di hari pembalasan

-cara jalan di padang mahsyar: dengan kaki, muka atau tunggangan?

-dosa/pahala yang akan jadi bebanan/bekalan?

Inilah sedikit sebanyak ilmu yang dapat ana kongsikan. Semoga ada barakahnya buat kita semua. Ameen.

Selamat belajar di sekolah Ramadan!

 

One thought on “Belajar di Madrasah Ramadan

    Al-Fatihah « Wardah Puteh said:
    July 31, 2011 at 10:39 am

    […] Belajar di Madrasah Ramadan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s