Aidilfitri

Posted on Updated on

Kian bertambah usia, kian pudar gemilang Aidilfitri. Kemeriahannya tidak terasa. Nyamannya hilang. Ramadan pula yang menghantui ana. Udaranya lebih menenangkan.

 

Kali ini kami sekeluarga beraya di rumah tok di Langkawi. Pulang sehari sebelum Syawal. Tidak banyak kuih-muih tahun ini. Jika tidak mama gemar sungguh membeli. Tahun ini mama banyak memberi. Ana pula tiba-tiba disampuk semangat kerajinan, mencuba kek buah, biskut cornflakes, biskut koko dan puding jagung berlapis agar kristal. Resepi mudah-mudah, alhamdulillah menjadi kecuali puding yang beraroma hangit.

 

Aidilfitri kali ini sama sunyinya sejak ana kenal dunia dan kehidupan. Tetapi tetap bererti dengan kesyukuran. Syukur dapat meraikan dengan keluarga tersayang sedang rakan ana terpaksa berkampung di kampus. Syukur dapat mencicip sedikit kesenangan, merasa ketupat dan dikurnia badan yang sihat. Paling penting sekali adalah nikmat hidup. Tarikan nafas masih dapat dihirup. Banyak betul kematian di kampung tok. Berganti-ganti saat imam bertakbir.

 

Malam Eidul Fitri kali ini lain dari yang lain. Selain bingit mercun yang menggegar udara, ada sulaman takbir dan tahmid memuji Yang Esa. Sedari malam yang muda hingga subuh menjelang. Malam pun terasa amat tenang dan damainya jadi luar biasa. Sebak pula melonjak, mencengkam erat nubari kerana terkesan tak banyak amalan yang dikerah di madrasah Ramadan.

 

Ramadan,

Ramadan,

Ramadan…

 

Bertemukah lagi di tahun hadapan?

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

2 thoughts on “Aidilfitri

    lydecker86 said:
    October 10, 2008 at 6:49 am

    4 shawal, ulang tahun pemergian wan tersayang.. alfatihah~
    ziarah kubur tak masa balik kampung? Kami silap kubur tok, dah berubah seratus peratus.. Tapi last2 jumpak jugak la kubur tok..wuwu
    yang tak dilupa, kubur kak puteri.. hummm rindu seyh, walau tak pernah jumpak..wuwu~

    Al-Fatihah « Wardah Puteh said:
    July 31, 2011 at 10:39 am

    […] Aidilfitri […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s