Maluku benteng noda

Posted on Updated on

Saat kaki menjejak ke takah 21 tahun, baharu diri tersedar, perjalanan yang telah ditempuh terlalu jauh. Teringat kata-kata dan bicara bersama-sama ‘sahabat yang sedar’ dan menyayangi diri. Juga hari-hari bersama mereka. Ujian yang datang menguji hati, menguji tindakan dan menguji akal. Ikut logika akal atau bicara hati yang sudah merayu-rayu?

Zaman ini, segalanya sudah jadi tunggang-langgang. Ana kini berdiri di dunia yang tidak menyokong suasana yang solehah. Walau pun ana ada jemaah, ada usrah, impaknya masih belum kuat kerana ‘persekitaran terlalu senyap’. Tidaklah mahu disalahkan sesiapa atau apa-apa melainkan diri sendiri.

Hati pun sudah menjadi alah bisa, tegal biasa dengan dosa. Mahu kuat, mahu sibuk dengan aktiviti yang berfaedah, tapi nafsu merangkul kejap. Hiburan merata-rata, adab tidak dijaga, mata kian galak merenung, fikir makin kian menerawang menggapai impian dan diri kian jauh dari Tuhan. Yang biasa di mata masyarakat, tetapi sebenarnya maksiat sudah menjalar di hati ana.

Betapa, adab pergaulan ana makin menipis. Setipis jilbab anakah?

Betapa, senyum ana makin manis. Secantik perhiasan anakah? Tabarrujkah yang ana pakai sehari-hari?

Betapa, masa ana kian menindih seolah keberkatannya ditarik Tuhan.

Betapa, sukar sungguh ana ingin membuat keputusan tanpa pembabitan emosi dan perasaan.

Betapa, sukar amat untuk ana memilih jalan yang terbentang di hadapan.

Betapa, ana telah gagal menjadi cermin yang benar dalam memantul wajah hakikat dan Islam.

Jilbabku, jilbabku…peliharaku dari maksiat. Maluku, maluku…kuatkan dan cekalkan ku seperti mawar putih yang berseri tanpa noda dan durinya tetap tajam menikam. Ameen.

Barangkali Tuhan menarik nikmat itu kerana hati yang gemar maksiatkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s