Allahlah sebaik-baik perancang.

Posted on Updated on

Alhamdulillah. sudah berakhir satu lagi semester, kali ini dengan pengakhiran yang baik, insya’Allah. Terasa sangat-sangat lega. Terasa bagai burung yang terlepas dari sangkar.

Cuti ana bermula semalam, sebaik sahaja habis kertas terakir [kertas paling mudah antara semua subjek semester ini]. Banyak aktiviti yang akan dilakukan, insya’Allah. Semoga segalanya dipermudahkan.

10/11: Kemas barang dan bilik. Print out semua karya-bukukan.

11/11: Ke Kuala Lumpur, borong buku-buku dan hadiah untuk yang tersayang. Malam, di UIAM Gombak.

12/11: Temani Nadiah menemui doktor gigi. Petangnya, ziarah matrikulasi P.J. Malam, pulang ke Kedah.

13/11: Keputusan peperiksaan UPSR keluar. Temani adik. Raikan adik dan adik sepupu di KFC/Marry Brown.

1/12: Keputusan peperiksaan semester 1 keluar.

8/12: Raya Haji. Ada seseorang yang istimewa mahu datang bertemu mama dan abah.

12-18/12: MPR ’08

22/12: Semester baharu.

Selebihnya akan ditumpukan pada karya dan pembacaan bahan sastera sebagai persediaan menyertai MPR. Akan juga ana usahakan hajat menghabiskan juz 30 secepat yang boleh, biiznillah. Abah juga berharap ana dapat menolong menabur baja di kebun. Antara lain, menghadiri majlis nikah sahabat-sahabat ana jika berkesempatan [ramai betul yang hendak menamatkan zaman bujang!]. Juga, bersiar-siar bersama adik di bandar.

Insya’Allah. Moga dipermudahkan segala urusan.

4 thoughts on “Allahlah sebaik-baik perancang.

    annamlatun said:
    November 10, 2008 at 7:06 am

    tahniah atas penerimaan untuk ke MPR tahun ni. tapi ade kemusykilan sikitlah…lain macam je bunyinye…orang yang nak datang ke rumah masa raya haji tu??? =D

    alqasam said:
    November 11, 2008 at 3:32 am

    Salam ziarah.

    Semoga dimudahkan apa jua urusannya.

    sayapjannaim said:
    November 30, 2008 at 11:22 am

    salam perkenalan semula -n_n-

    emm,emm sebenarnya saya rasa takut untuk menghadiri kem mpr itu nanti.
    saudari wani ada apa-apa tips atau nasihat tak untuk saya?

    lydecker86 said:
    December 3, 2008 at 8:18 am

    hadiah untuk yang tersayang? terima kasih..susah-susah ja..
    bila hadiah tu nak bertukar tangan?

    jumpa di raya kedua nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s