Kisah lara berganti bahagia

Posted on Updated on

Berganti-ganti kisah lara dan bahagia.

Motosikal abah kena curi. Kemungkinan besar saat abah menjemput ana di stesen bas sebelum jam 5 pagi. Mama sibuk di bilik air membasuh. Kata jiran, ada bunyi ‘keletang-kelentung’, sangkanya bunyi kipas yang rosak. Rupanya pencuri sibuk memotong kunci motosikal abah. Kata abah, ‘Bukan rezeki kita.’ Tenang sahaja.

Adik berjaya peroleh 5 A dalam UPSR. Riak wajahnya biasa sahaja. Katanya mama mahu hadiahkan telefon selular. Tetapi dia mahukan benda lain. Pabila ditanya mahu apa- ‘laptop’.

Tahniah atas kejayaan, nikmat yang Allah hadiahkan. Gagal atau berjaya, ada hikmahnya. Moga kejayaan berganda-ganda lagi di masa hadapan. Harapnya cita-cita adik termakbul dan diterima masuk ke Maktab Mahmud Alor Star. Tahniah. Tahniah. Tahniah. Adik permata kebanggan bersama, kemilau akan bersinar cerlang dengan usaha dan tawakal kepada Allah.

Taniah juga buat adik sepupu Amira Farhana, atas natijah 5A.

Khabar buruk dari Pulau Langenda; tok kurang sihat di kampung halaman. Insya’Allah kami akan pulang setelah selesai urusan adik yang sedang berkampung di sekolahnya [SRIAS] buat kali terakhir.

Begitulah. Neraca Tuhan dalam mengatur penuh hikmah.

Moga-moga hati tetap lapang dan tenang.

Ameen.

3 thoughts on “Kisah lara berganti bahagia

    annamlatun said:
    November 16, 2008 at 7:02 am

    kirimkan salam tahniah buat wardah ungu…=)

    FahdRazy said:
    December 18, 2008 at 6:13 pm

    Tahniah, selamat mengikuti MPR. Jadi peserta terbaik tu, sayapun tumpang bangga.🙂

    Terukan menulis

    wardahputeh responded:
    December 21, 2008 at 4:34 am

    Terima kasih banyak-banyak untuk En Fahd. En. Fahd banyak menyumbang. Alhamdulillah, taklah terkapai-kapai sewaktu MPR.

    Bak kata En. Shamsudin, “Fahd tu anak murid sayalah. Penulis berjaya. Baik budaknya.”

    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s