MPR ’08

Posted on Updated on

 

Minggu Penulis Remaja 2008. Selesai. Semacam mimpi. Sekejap sangat rasanya. Pelbagai kisah.

Sebelum ke MPR ’08.

Hati rasa sedikit gentar dan serabut. Safiah [MPR ’06] sudah pesan awal-awal lagi: Baca karya penulis-penulis tanah air. Kurang-kurang pun yang terkenal. Ana harus akui tidak kenal sangat. Masa kecil-kecil dahulu ada juga baca karya Fatimah Busu dalam majalah Dewan Sastera kepunyaan mama. Tahu novel Salina karya A. Samad Said, pernah baca beberapa muka. Apabila mahu masuk MPR baru terkapai-kapai cari buku Sasterawan Negara. Dapatlah buku Arenawati sebuah. Apabila bertanya di toko buku DBP tentang Salina, pekerjanya pun tidak tahu. Habis ceruk toko buku dibelek-belek. Tak jumpa. Akhirnya ke perpustakaan negeri, tak jumpa juga. Padan muka.

Yang ana minati karya Fatimah Busu-ceritanya simple tentang suasana lokal. Mudah difahami. Banyaknya karya Faisal Tehrani. Kadang-kadang Zaid Akhtar, Habiburrahman, Mawar Shafie dan Ummu Hani. Kalau puisi ana suka nikmati karya Dharmawijaya, Kemala. Puisi Fahd suka juga. Ada nafas segar yang pelik. Buku En. Rahimidin pun ana ada baca. Apabila senggang, buku-buku puisi lah yang ana suka baca berbanding novel ataupun cerpen. Barangkali kerana puisi lebih pendek.

Kononnya nak print out semua karya yang pernah dibuat. Apabila dibelek-belek, ana rasa semuanya sampah!

Semasa MPR ’08.

Banyak sangat sangat sangat benda yang dipelajari. Kalau dahulu ana agak terkapai-kapai untuk menilai puisi yang baik. Alhamdulillah, sekarang sudah belajar. Kata En. Shamsudin Othman: Puisi kenalah ada satu tema saja. Tak macam cerpen atau novel. Kalau cerpen/novel, lebih banyak persoalan lagi bagus. Puisi tak meleret-leret kata En Rahimidin. Habis sajak ana kena cantas. Barulah mata ni terbeliak sikit. Kalau dahulu suka sangat nak berjiwang-jiwang tahap dewa, tapi sekarang fikir dahulu sebelum nak cipta. Biar ada falsafah, bukan ‘falsampah’!

Kak Nas dan En. Saifullizan yang membimbing bengkel cerpen. Kak Nas memang nampak tegas. Waktu dia marah, rasa macam nak gugur jantung. Tapi ana tahu dia acah-acah sahaja. Tahu sangat kenakalan Kak Nas. Boleh tahan jugak.

Dia semacam teratai. Ulas bibirnya merah seolah rona teratai. Gerinya; gemalai teratai sewaktu dipuput bayu.

Kata kak Nas, biarlah yang baik memenangi perlawanan. Jangan biar yang jahat menang dalam cerita.

En. Saifullizan. Mula-mula ana sangkakan peranakan cina. [Betul ke?] Ana berasa terdorong dengan sokongan En. Saifullizan sewaktu nak buat cerpen pasal pelacur. Terima kasih banyak-banyak. Sebab motivasi dari dialah siap juga cerpen ala-ala satira bertajuk ‘Bukan Sundal’, watak ikan pelaga merah menyala yang ana pernah jumpa di Stesen Putra.

Ana juga dapat kenal kawan-kawan yang hebat-hebat belaka. Kak Radiah ASWARA, Zu ASWARA [buah hati Justin], Wahyuna yang baik, Faisal pendebat Alam Shah, Sheikhul Akbar Amir Hamzah, Hazizhzzzz [akak tahu rahsia kamu], Shida yang sempoi, Iqa yang manis, Hidayah yang sopan ala-ala ustazah, Misz yang lunak suaranya, Hidayah Johorian, adik Zulikha peserta paling muda, Nabila, Nabila v2, Azwien, Rashidah Singapura [sayap] dan Hidayah v2.

Ana dipilih masuk ke dalam kumpulan Sasterawan Muhammad Haji Salleh. Gempak! Gabungan fikiran kawan-kawan jadikan bengkel meriah. Justin budak ASWARA, ketua kumpulan yang ada aura. Anjing. Minat sungguh! Nasib baik tak jadi berlakon drama Anjing waktu persembahan akhir! Adik Rashidi, Penghulu MPR yang sopan, nampak karismanya menjadi pemimpin. Terbias karakter ‘budak sekolah agama’. Adik Adnie, mahasiswi Universiti Darul Iman/KUSZA, karyanya berlambak-lambak masuk surat khabar. Aktif juga bersukan. Sebab itulah dia lambat hadiri MPR, dua hari. Ana sebenarnya tertunggu-tunggu nak berjumpa Adnie. Nak berkenalan dengan penyair hebat! Juga adik Fariza Shahkina. Pelajar terbaik genre cerpen. Tak sangka, diam-diam ubi berisi.  Sekarang ana tertunggu-tunggu karyanya terbit. Tak sabar nak belajar! Akhir sekali adik Ilya yang manis. Sudah terbitkan 3 buah novel! Walau pun masih muda, 15 tahun, nampak sedikit biasan kematangannya. Novelnya ana beli dua buah. Menarik. Nakal!

Paling terkesan pastilah adik Raden Qurratul ‘Aini. Teman sebilik ana sepanjang MPR. Alhamdulillah. Ada juga yang boleh ingatkan kalau lepa. Seminggu bersama macam-macam dia tahu. Habis dibelek buku nota dan telefon selular ana. Nak marah, kasihan. Nak tenyeh-tenyeh, tak sampai hati. ‘Ain dah jadi macam adik kandung ana. Sayang sangat. Dialah jurucakap tak rasmi ana apabila ana blur atau ‘tergamam’. Dialah juga loceng penggera yang terlebih cas. Karakternya macam mahasiswi Al-Azhar. Tengok sajalah puisi-puisi ‘Ain, tak macam budak tingkatan empat pun.

Seminggu dalam MPR, ana rasakan seperti menghadiri kuliah di universiti. Malahan rasa macam nak hadapi peperiksaan akhir! Malam-malam bukan boleh lelap sangat pun. Kena baca puisi Baha Zain, nilai cerpen-cerpen termasuk cerpen Ustaz Azizi Hj Abdullah, siapkan 3 buah puisi dan sebuah cerpen. Ana sampai mengigau. Rasa tertekan pun ada. Bukannya apa. Kalau tak belajar dan bersungguh-sungguh rasa rugi sangat. Sebelum ni ana tidak dapat didikan secara langsung dengan ‘orang yang tepat’. Orang yang arif dalam bidang sastera ada di hadapan mata. Kalau boleh memang nak menempek 24 jam dengan mereka.

Terima kasih daun keladi juga buat urus setia, mantan, editor-editor dan penceramah-penceramah bengkel. Tak ternilai jasa. Nostalgia yang mengesankan!

Selepas MPR ’08

Kembali ke universiti. Semester baharu.

Kata Azree, “budak Kuantan kena belajar sahaja.”

Safiah jawab, “ikut suka hati la!”

Hehe. No comment.

Apa-apa pun ana tak menganggap segala keistimewaan atau anugerah sebagai kebanggaan, tetapi tanggungjawab.

Semoga dikurniakan kekuatan untuk terus menulis…Ameen.  

 

2 thoughts on “MPR ’08

    nasriah abdul salam said:
    December 23, 2008 at 8:07 am

    inipun satu peserta yang tak berapa nak sensitif (sabar je laaa aku..hehe)

    akak punya marah sampai berair mata dan menggigil suara waktu malam ‘show not tell’ tu awak boleh kata akak acah2 aje? (ya ampun…)

    nasib baiklah dah lepas MPR tau, kalau buatnya minggu depan ada lagi MPR dan awak jadi peserta memang masak awak kena seligi tau wani…

    heheh..terfikir sangat, macamana wani boleh kata akak acah-acah je, tak berbakat sangat ke akak bab nak marah orang nih…hadoi…..(tolong…!)

    wardahputeh responded:
    December 24, 2008 at 3:38 am

    Alamak akak, sori…Wani rabun. Honestly tak nampak. =p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s