Kisah Adam

Posted on Updated on

Pagi yang damai. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini ingatan ana disampuk sekeping nama. Teringat-ingat  sahabat lama semasa di SMK Agama Kedah dahulu. Adam Al-Anas. Barangkali sekarang dia sedang mencicip kecemerlangan bersama sahabat-sahabat baharu.

Adam Al-Anas, sahabat ana, pada luarannya nampak biasa-biasa sahaja. Dia barangkali salah seorang lelaki tulin yang pernah hadir dalam hidup ana. Kehidupan Adam pun biasa-biasa sahaja. Budak Kampung Mempelam di belakang sekolah kami. Lurus. Sederhana sahaja. Tetapi semangatnya yang menjadikan Adam luar biasa.

Barangkali kami menjadi akrab kerana ilmu. Saat masing-masing ralit, Adam sudah bangun menyusun langkah. Saat masing-masing bergelak tawa sambil mencicah roti kering di asrama, Adam tekun menelaah. Bagaimana ana tahu? Iyalah, selalunya bahan luar biasa atau tingkah yang pelik akan menjadi bualan ramai.  

Kata Adam, sewaktu cuti hujung tahun sebelum masuk tingkatan 5, dia sudah menghabiskan silibus Biologi untuk SPM. Tidak hairanlah kalau Adam asyik meraih A berderet-deret sewaktu kami semua mengeluh untuk berpuas hati dengan B atau C. Adam jugalah yang kadang-kadang menjadi guru kami, jika guru-guru sibuk bermesyuarat. Malahan Adam juga disuruh guru mengajar matematik tambahan di kelas adik-adik tingkatan 4.

Bukan ana tidak tahu, Adam pernah diuji dengan fitnah dan tohmah semata-mata kerana sifat diam yang dimilikinya. Saat kisah Black Metal jadi bualan ramai. Adam dituduh. Betapa jahatnya mulut-mulut yang merobek ketulusan hati seorang Adam.

Barangkali Allah mahu menunjukkan sesuatu. Adam bangkit. Adam Al-Anas, daripada budak sekolah yang biasa-biasa muncul jadi jaguh kerana ilmu.

Adam pernah cakap, sewaktu dalam kelas petang, dia di hujung penjuru kiri, ana di hujung penjuru kanan kelas.

“Kamu mahu jadi apa nanti?”

Balas ana sambil sengeh, “Doktor”.

Adam sengeh juga. Dia balas, “Saya mahu terjun dalam bidang Bioteknologi.”

Saat kami semua bertungkus-lumus membuat persediaan sehabis-baik untuk SPM, Adam sibuk menolong guru mengajar, menolong kami; kawan-kawannya dan menolong adik-adik yang dahagakan ilmu.

Tetapi kisah Adam tidak berakhir dengan indah selepas itu. Adam gagal merangkul anugerah pelajar terbaik sekolah. Adam gagal membuktikan bualan guru-guru. Sewaktu kami mengambil keputusan peperiksaan SPM, ana nampak Adam diam dan suram. Tetapi tidak berani menegur. Sewaktu itu hubungan keakraban agak longgar. Adam jadi jauh sejak jadi jaguh. Ana terfikir-fikir, mengapakah Adam seorang jaguh boleh tumpas?

Takdir. Barangkali Allah mahu tunjukkan sesuatu.Tetapi Adam sebenarnya tidak gagal. Adam tetap jaguh dalam pandangan guru-guru, kawan-kawan dan adik-adik di sekolah. Lama kemudian, ana dapat tahu Adam kini bakal bergelar seorang doktor. Adam mencatat kejayaan gemilang semasa di matrikulasi. Takdir Tuhan. Kami bertukar cita-cita.

Kisah Adam. Adalah kisah kejayaan yang tertangguh. Allah menguji hati dan pendirian seorang Adam, kerana Adam jaguh dalam memberi.

Terima kasih Adam.

 

15 thoughts on “Kisah Adam

    LadyinBlue said:
    December 27, 2008 at 7:14 am

    “kisah kejayaan yang tertangguh”
    masyaAllah
    semoga kita juga tergolong dalam golongan yang sabar dan tak mudah melatah dengan sikit ujian,macam adam. insyaAllah.

    'ain said:
    December 27, 2008 at 8:43 am

    salam kak wani

    kisah ni indah~

    alawiyah ahmad said:
    December 29, 2008 at 3:13 am

    salam..subhanallah! sweet stories!really I want you to send my regard to adam bikalimah assalam…
    I never taught to learn science field. when i was in form one,i felt amazed when my friend told members the halaqah to be a scientist whereas me…told people I want to be a daie./pendakwah bebas.

    But now masya Allah, it seems that…she involves in law and me myself involve in science field with a deep heart, I know myself would like to help myself improving the deen in myself and helping others, insya ALLAH. with other words…going to be daie..is still my 1st ambition.

    ‘ala kulli hal allahhuyahdina…
    May Allah firm us on HIS path insya ALLAH.
    Ya Muqallibal QUlub Tsabbbit QUluubana ‘ala dinik wa’ala To’atik..
    ex-biotech,kos class 2007

    -wallahhu’alam-
    sentiasalah berbicara dengan hatimu perkara yang kau ingini dengan keinginan yang baik…HE KNOWS AND HE WILL GRANT IF THAT IS THE BEST FOR YOU…insya ALLAH

    Sis Dyna said:
    January 6, 2009 at 8:52 am

    mmm…ketika cinta bertasbih! =)

    arechik nizam said:
    January 6, 2009 at 8:55 am

    satu cerita yang menarik..byk “makna” tu..hehehe

    wardahputeh responded:
    January 7, 2009 at 2:50 am

    Er, kisah ni tak da unsur cinta ya. Harap maklum.

    ANR said:
    January 24, 2009 at 12:59 pm

    wow!!! first time baca kisah sahabat sendiri which was written by another friend from the another side of the world. amazing!!!

    akutahu said:
    March 30, 2010 at 5:39 pm

    bismillahirrahmanirrahimm..

    tiba2..malam2 buta nih tangan rasa nak google nama adam al ans kat web..
    adam ini pernah menjadi idola..idola diriku..
    adam tidak pernah kenal siapa aku, aku pula tidak pernah kenal siapa ada,..
    mungkin ilmu yang membuatku membuka mata terhadapnya..
    adam insan yg disebut dalam entry ini adalah rakan sekuliah ku masa matriks..
    dia mmg seperti yg dinukilkan dalm entri ini..aku sempat berkenalan dgnnya dalam tmph berkelanaku ke kedah mencari ilmu..

    kini aku ingin mengetahui..adakah adam..masih adam yg dulu..

    aku terlalu ridu pada shbt yg ini, walaupun kami bukanlah shbt pada zahirnya

    dan yg menyedihkan..beberapa perkara yg memedihkan mmbuatkan kami trs trputus hubungn..

    masihkah ada ruang bg shbat ini di hati ada..

    adam, aku tetap seperti dulu..

    sepi~~~ said:
    May 11, 2010 at 6:53 pm

    sgt terharu dgn kisah diatas ni…ttp sbg hamba Allah ,ssrg x dpt lari dr buat kcilapan..ana sgt2 sdih bl terbca ksah diatas…..menitskan air mata bl mmbaca kisah dan komen2 diatas…doakan smg kjayaan yg tertangguh itu milik ana ….”kisah kjyaan tertngguh”………………………

    wardahputeh responded:
    May 27, 2010 at 3:54 am

    Nampaknya Adam betul-betul memberi erti kepada ramai orang.

    Tak ada perkara yang terlambat, tetapi hanya tertangguh. Samada di dunia atau pun di akhirat, kamu akan dapat merasai faedahnya.

    Apa-apa pun jangan berputus asa. Bekerjalah!

    adam seorang lagi said:
    June 26, 2010 at 12:33 pm

    akhirnya jumpa jugak entry yg menjadi bualan tadi.
    adam al-anas happy to know about this entry.
    semoga adam al-anas menjadi seorang doktor yg berjaya selepas ini.🙂

    wardahputeh responded:
    July 24, 2010 at 6:55 am

    Amin. =)
    Muaz Adam sekarang buat apa?

    adam seorang lagi said:
    July 24, 2010 at 1:04 pm

    Dia tak penting. abaikan apa yang dibuatnya.🙂 doakan semoga apa2 pun yang dibuatnya diberkati Allah juga.
    amin…

    adam al anas... said:
    February 2, 2013 at 4:38 am

    muaz adam sekarang bekerja kat Hospital Sultanah bahiyah bersama dgn sy….

    wardahputeh responded:
    February 3, 2013 at 3:49 pm

    Tahniah…kalau kami kawan-kawan lama nak medical check up free boleh la ya?

    Ada perkhabaran tentang cikgu-cikgu kita tak?

    Cikgu Tajudiin sakit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s