Tahun Baharu Masihi

Posted on Updated on

Ana menyambut tahun baharu masihi di atas bas menuju ke daerah kecintaan, Alor Star. Walau pun cuti hanya 4 hari, ana fikir lebih baik bermesra dengan adik, mama dan abah dan menggomoli Si Momok yang kian tembun.

Hari kedua, sempat singgah sejam dua di toko buku DBP seberang jalan. Melihat-lihat kalau ada majalah baharu-tiada. Penghabisannya ana ambil Dewan Kosmik edisi lama 3 buah berserta buku ustaz Azizi Haji Abdullah; Kuras-kuras Kreatif.

Hari ketiga, singgah sebentar di POPULAR, hajat di hati mahu belikan sesuatu yang bermakna buat adinda tersayang sempena hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah [Maktab Mahmud Alor Star]. Juga buat adik sepupu Amira Farhana yang gementar berkenalan dengan pengalaman baharu bergelar budak aspuri, di Maktab Mahmud juga.

Mula-mula ana berkira-kira mahu membeli buku motivasi Dr. Fadzillah Kamsah. Tapi barangkali, ana fikir, teori tak selalunya dipraktikkan, lalu ana mengambil Buku Latihan Matematik Tingkatan Satu buat mereka berdua.

Nah.

Jikalau api itu membara, kita semarakkan lagi.

Pesan ana kepada adik Amira:

Kejayaan perlukan pengorbanan. Teruskan ‘berkorban’.

Buat adik ana:

Jangan malas.

Kejayaan memang perlu dirai, tetapi bagi ana, perayaan kecemerlangan itu bukan dengan bersenang-lenang sahaja, kerana kejayaan itu bukanlah satu destinasi, tetapi perjalanan. Titik yang terakhir pastilah kejayaan meraih keredhaan Tuhan.

Akhir sekali, ana ambil juga buku karya John Gray; Men are from Mars, Women are from Venus berserta kompilasinya; Why Mars and Venus Collide. Juga buku tatabahasa Inggeris [otak ana sudah berkarat akibat kurang membaca]. Semester  hadapan ana bakal mengambil subjek EOP [English for Occupational Purpose]. Tak salah bersedia lebih awal.

Moga azam terus membakar, kebal.

Tahniah adik ‘Ainku, puisi tersiar di akhbar Mingguan. Cemburu itu bagus.

5 thoughts on “Tahun Baharu Masihi

    Sis Dyna said:
    January 6, 2009 at 8:29 am

    hehehe…gotcha!

    Sis Dyna said:
    January 6, 2009 at 8:47 am

    yang pi dok announce kat ummuhani.com tu sapa suruh…hehehehe

    Desert Rose said:
    January 7, 2009 at 2:17 am

    Ahakkkkk, lagi sorang nak tlg kantoikan…….ha ha. Silap la dpt sepupus PAPPARAZI, sorang al-jazeera sorang lagi Harakah…Happy writing Sis.Happy New Year to u too. Salam

    wardahputeh responded:
    January 7, 2009 at 2:36 am

    Kenapa..Mengapa..Ini boleh berlaku…Oh sepupu-sepupuku…
    T-T [Malunyaaaa!!!]

    arechik nizam said:
    January 7, 2009 at 5:49 am

    hehehehe..pocah rahsia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s