Masa

Posted on Updated on

Tugasan di kampus yang semakin menimbun, tidak mengizinkan ana untuk berlama-lama di hadapan skrin komputer. Lebih-lebih lagi untuk menulis. Walau pun begitu, senggang masa yang datang atau saat mendengar kuliah, alhamdulillah,idea-idea sangat banyak menyentuh fikir.

Aktiviti dan program:

17/1: Diskusi Karya Mantan MPR. Insya’Allah akan dihadiri. Ilmu dalam bidang ini sangat mengujakan ana. Juga untuk Safiah, ada kupasan karyanya, cerpen, Beza Dua Wajah. [Simpati untuk Safiah, sahabat dari Kuliyah Dentistry yang perlu jalani Grooming Class/Kelas Mengandam]

23/1: Hari Solidariti Palestin. Gabungan 9 NGO Islam. Tempat: Perkarangan Masjid Negeri, Kuantan dan Wisma Belia. Jemput datang! Ada Nazri [x-Raihan], pantomime, deklasmasi sajak adik-adik sekolah Irsyad, jualan, pameran Palestin dan ceramah dari AMAN Palestin. Rakan-rakan sekitar Kuantan yang ingin menolong, amat dialu-alukan!

Jemput semua bersama meraikan majlis, memperingati Palestin!

Cuti Tahun Baharu Cina ini, walau pun ingin sangat nak pulang [lagi] tapi tampaknya, kesempatan semakin mengecil. Kalau ada pun peluang, cuti 3 hari sangat memenatkan. Perjalanan pulang 12 jam ke Kedah, masa habis di atas bas sahaja hingga sakit-sakit badan. Perlu fikirkan banyak perkara juga.

Juga tugasan kuliah sangat-sangat banyak. Semuanya menuntut karangan lebih/4 muka.

Tentang pelajaran, 4 subjek teras [terutama BGE yang kritikal. Penat!] + 3 subjek,  18.5 kredit, sangat menlemaskan. Lebih-lebih lagi dengan cita-cita untuk meraih 7As semester ini.

Jangan lupa isu Palestin! “Sesibuk” mana pun kita…

 

5 thoughts on “Masa

    ainunlmuaiyanah said:
    January 15, 2009 at 4:09 am

    saya sudah letak karya itu di dalam blog. dalam entri karya jemari tanganku 3

    Nimoiz T.Y said:
    January 18, 2009 at 3:37 am

    Terima kasih sudi beli buku EdC. Semoga menjadi mantan MPR yang berjaya.

    wardahputeh responded:
    January 19, 2009 at 12:49 am

    Ameen. Terima kasih doakan saya. ^_^

    Sangat teruja membaca Purnama & Hazwani.

    sarah said:
    January 19, 2009 at 3:45 am

    Salam ziarah Wani,

    ini link ke blog akak. link yang dekat blog mpr (under Anis Sarah) dah dipadam.

    wardahputeh responded:
    January 20, 2009 at 5:21 am

    Salam kembali kak!

    Terima kasih. ^-^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s