Tekal Macam Arus

Posted on Updated on

Jikalau ana masih menulis pada hari ini, tidak lain adalah kerana guru-guru ana.

 

Selepas keluar dari MPR, sebetulnya ana terasa seperti baru merasai erti  sebenar dunia sastera. Seolah-olahnya ana baru menjejakkan kaki untuk menapak. Sehinggakan ana sendiri berasa buntu.

 

Kelam.

 

Terasa bahawa untuk menulis puisi adalah sangat sukar dan mustahil.

 

Harapan yang terlampau besar barangkali telah menyebabkan ana terhenyak. Terlalu banyak penulis dan penyair yang lebih hebat sampaikan ana terasa sangat-sangat kecil, sangat-sangat tidak berbakat.

 

Ana tidak bermaksud bahawa guru-guru ana sudah gagal kerana puisi adalah luahan natural dari dalam diri seorang penulis. Terlalu abstrak. Semulajadinya penyair tidak mungkin dapat dilahirkan melalui teori. Teori sekadar pemangkin, yang menjadi kudrat untuk bertahan adalah bakat. Tetapi apabila seseorang itu melalui suatu proses pengalaman dan didikan peribadi(disiplin dan kesungguhan) yang betul, ana percaya akan muncul seorang penyair.

 

Kata guru yang ana amat hormati, En. Rahimidin Zahari:

“Jikalau kita ingin menjadi sejarah, bererti kita harus belajar daripada sejarah yang tertinggal jauh di belakang kita.”

 

“Seni akan berkalung panjang, walaupun usia seorang seniman itu pendek.”

 

 “Apa pun bidang yang kita ceburi dalam masa yang singkat, kita tidak mungkin mencapai impian yang kita inginkan, tetapi melalui proses masa dan kesungguhan, meskipun katakanlah kita berasakan diri tidak diberi bakat, tetapi kesungguhan dan iktikad dengan doa yang sentiasa bersambungan, saya percaya bahawa pada titik akhir, anda akan menemukan apa yang dicari-cari dan anda inginkan. Paling utama kita harus percaya dengan apa yang kita buat. Keputusan itu berada dalam diri anda sendiri dan tidak ada sesiapa boleh merubahnya. Hanya tangan dan hati nurani anda sendiri boleh merubahnya.”

 

Terima kasih guru. Moga kita semua terus tekal semacam arus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s