Bioteknologi Menjanjikan Masa Depan Yang Cerah

Posted on Updated on

Adakah anda tahu tentang Bioteknologi?

Jujur ana katakan, orang yang tidak peka dengan perkembangan teknologi tidak akan tahu tentang bioteknologi. Lebih-lebih lagi yang tidak membaca akhbar. Anda boleh katakan apa-apa sahaja tentang Bioteknologi. Tetapi jika anda katakan ini adalah bidang yang tidak menjanjikan apa-apa pada masa depan, bermakna, anda salah atau dalam bahasa kasarnya tidak membaca.

Ana memaklumi ini semasa berkira-kira untuk memilih jurusan pengkhususan untuk ijazah. Bidang yang ana pilih sekarang bukanlah bidang tangkap muat atau pun bidang yang sekadar ikut-ikutan. Malahan ana telah melakukan kajian sebelum memilih bidang ini dua tahun yang lalu.

Bioteknologi bukanlah suatu bidang yang baharu pada dasarnya. Namanya sahaja telah diubah seiring dengan perkembangan semasa. Maksud bioteknolgi ialah penggunaan/ aplikasi hidupan atau produk daripada hidupan untuk kegunaan manusia atau alam sekeliling untuk menghasilkan produk-produk baharu dan seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah yang membabitkan kepentingan semua pihak.

Sejarah

Sebenarnya, bioteknologi secara tidak sedar sudah diaplikasikan dalam masyarakat ataupun dunia amnya dengan penghasilan bahan-bahan fermentasi seperi arak, tapai, keju, tempe dan yogurt. Dalam pembuatan roti misalannya, yis Saccharomyces cerevisiae telah digunakan untuk menaikkan adunan dan membuatkan donut berlubang di tengahnya, kesan produk sampingan;  karbon dioksida dan alkohol.

Dalam bidang pertanian pula, kacukan pokok yang mempunyai buah yang banyak, manis ataupun besar adalah salah satu aplikasi bioteknologi.  Antibiotik juga adalah hasilan daripada bidang bioteknologi.

Pada 1928, Alexander Fleming telah menjumpai kulat Penicillium yang digunakan untuk mengubati jangkitan kulit daripada bakteria Staphylococcus aureus. Pada 1940-an, antibiotik penicillin telah dihasilkan secara besar-besaran dengan menggunakan teknik biopemprosesan bakteria.

Bukan itu sahaja, pada tahun-tahun 1960-an Bioteknologi telah berkembang pesat dengan penekanan terhadap aspek genetik dan molekul. Klon adalah satu lagi produk bioteknologi.

Anda pernah dengar tentang Dolly? Si kambing klon. Ataupun ANDi? Monyet klon. 

Jika anda tidak tahu tentang Dolly, terbukti sememangnya anda tidak membaca.

Paling penting sekali dalam bidang ini adalah teknologi kombinasi DNA. Bayangkan tomato ranum yang merah menyala. Pasti sedap untuk dimakan bukan? Tetapi malang sekali jika tempoh hayat tomato tersebut pendek sahaja. Dengan bantuan bioteknologi, hayat tomato itu dapat dipanjangkan lagi dengan memansuhkan gen yang membuatnya ranum/ memasukkan gen yang membuatkannya tahan suhu panas  dan ini akan melanjutkan tempoh bertahan/ lambat rosak. Inilah yang dinamakan: Recombinant DNA Technology.

Bagi para petani, serangan serangga sering menjadi igauan ngeri. Penyemburan racun pula secara tidak langsung membabitkan kos dan boleh memberi kesan sampingan kepada manusia. Tetapi tahukah anda, dengan bioteknologi, pokok yang kalis serangga dapat dihasilkan?

Projek paling besar dan hebat dalam sejarah Bioteknolgi ialah projek genom manusia (Human Genome Project) yang bermula pada tahun 1990.  Rekod tentang gen-gen yang terdapat dalam badan manusia dan lokasinya telah dilakukan. Kenapa? Projek ini dilaksanakan untuk memudahkan pengesanan penyakit-penyakit yang disebabkan genetik dan seterusnya mengubati penyakit-penyakit tersebut.

Secara ringkasnya, bioteknologi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, contohnya:

1. Microbial Biotechnology: Kajian tentang mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat.

2. Agricultural Biotechnology: Manipulasi genetik untuk mendapatkan pokok yang mempunyai karakter istimewa seperti tahan sejuk, penghasilan buah yang lebih manis dan besar. Juga, pokok juga boleh dijadikan semacam kilang penghasilan protein-protein berguna untuk pembuatan ubat-ubatan/ antibiotik seperti IgA.

3. Animal Biotechnology: Penghasilan Haiwan Transgenik seperti kambing yang menghasikan banyak susu atau menghasilkan susu yang mempunyai vitamin/nutrien penting.

4. Forensic Biotechnology: Penyiasatan jenayah dengan menggunakan bukti-bukti seperti rambut, kuku mahupun air liur. Juga pengesahan anak/ penyakit seperti AIDS, tuberculosis dan meningtis.

5. Bioremediation: Aplikasi organisma seperti bakteria untuk merawat pencemaran alam seperti tumpahan minyak di lautan.

6. Aquatic Biotechnology:  Aquaculture dan Transgenic Marine Animal, seperti Salmon Transgenik yang mempunyai saiz yang besar.

7. Medical Biotechnology: Human Genome Project, Gene Therapy dan Stem Cell Technology.

8. Regulatory Biotechnology:  Pengawalan kualiti dan kuantiti produk bioteknologi.

Sememangnya, Bioteknologi mempunyai masa depan yang amat cerah. Tidak keterlaluan untuk ana katakan, Bioteknologi adalah lapangan saintis yang sebenar.

Sebab yang lain ana memilih bidang ini ialah kerana Israel turut mahu mendominasi Bioteknologi. Negara-negara maju seperi USA turut rancak menjalankan kajian dalam bidang ini.

Jadi, jangan katakan anda tidak tahu tentang bioteknologi, kerana ini melambangkan betapa ‘katak’nya anda.

 

2 thoughts on “Bioteknologi Menjanjikan Masa Depan Yang Cerah

    infoGue said:
    February 25, 2009 at 9:40 am

    Artikel anda di

    http://biotek.infogue.com/bioteknologi_menjanjikan_masa_depan_yang_cerah

    promosikan artikel anda di infoGue.com. Telah tersedia widget shareGue dan pilihan widget lainnya serta nikmati fitur info cinema, game online & kamus untuk para netter Indonesia. Salam!

    ekin said:
    July 22, 2009 at 7:37 am

    huhu.. even sy biotech student pn still png2 ag….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s