Tidak Percaya Soalan Ramalan 100%

Posted on Updated on

Agak menghairankan apabila ramai sahabat bertanya ana tentang apa yang bakal keluar di dalam peperiksaan.

Sesungguhnya, ana tidak tahu apa-apa selain daripada  yang diberitahu dalam kelas.

Maaf teman-teman, ana bukan orang yang menggubal/membuat soalan peperiksaan.

“-_-

Kalau pun ada tips-tips/ hints yang diberikan pensyarah, ana mengambil sikap tidak percaya 100%. Paling penting adalah menghabiskan bacaan semua silibus sebelum peperiksaan akhir.

Barangkali ini kesan daripada beberapa kisah  ana ‘terkena’ dahulu.

Kisah pertama, semasa ana demam teruk sepanjang peperiksaan akhir, tahun pertama semester dua. Mata pelajaran Biochemistry dengan kredit 4, amat membimbangkan. Lalu ana bertanya pada saat-saat akhir, kepada pensyarah tersebut (kerana keadaan kesihatan yang teruk membuat ana tidak mampu teruskan pembacaan dengan baik). Namun, soalan yang keluar langsung tidak ada kaitan dengan apa yang diberikan beliau.

Kisah kedua, dalam peperiksaan Biostatistic. Pertemuan dengan pensyarah, walau pun bukan untuk meminta tips, sekadar bertanyakan soalan. Pensyarah yang ‘nakal’ itu menimbulkan keraguan tentang usaha ana membaca satu topik dan menekankan topik yang lain. Lalu ana pun memberitahu teman-teman yang lain. Natijahnya, soalan yang ditimbulkan keraguan itu yang keluar, tetapi soalan yang ditekankan pensyarah terbabit tidak pula keluar! Ditambah men’sadis’kan lagi, ada teman yang memperli selepas tamat peperiksaan kerana ana tersilap membuat ramalan.

Walau pun begitu, tidaklah ana menyalahkan atau mahu memburukkan pensyarah-pensyarah ana/ teman-taman. Ana sedari bahawa, MENUNTUT ILMU BUKAN SEKADAR UNTUK PEPERIKSAAN, TETAPI UNTUK KEHIDUPAN.

Oleh itu, teman-teman, jangan bertanya lagi tentang apa yang bakal keluar dalam peperiksaan, kerana jawapan ana pastilah:

“BACA SEMUA.”

One thought on “Tidak Percaya Soalan Ramalan 100%

    guntur said:
    April 8, 2009 at 12:22 am

    Bagus, kak. Saya study cara lelaki. Baca buku, tanpa highlighter, tanpa peta minda, tanpa ringkasan. Walaupun markah tak tinggi, tapi tetap berpuas hati. Study cara lelaki adalah BACA SEMUA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s