Pra Post Mortem Sem 2, Tahun 2

Posted on Updated on

BACA

Satu lagi kertas sebelum menamatkan semester ini, sebelum menamatkan tahun kedua pengajian di sini, sebelum melangkah ke tahun tiga.

Cepat betul masa berlalu. Seperti baru semalam menjejakkan kaki di sini.

Setelah dua tahun di sini, ana telah membuat pengamatan tentang cara study yang berkesan. Antaranya:

1. Faham pengajaran di dalam kelas, fokus.

2. Buat peta minda untuk gabungkan idea secara menyeluruh. Supaya kaitan antara semua subtopik menyerlah, seolah-olah melihat dari atas piramid, bukan dari bawah.

3. Baca catatan di dalam kelas dan padankan dengan nota.

4. Rujukan tambahan sangat penting.

5. Study awal bukan last minute. Faham dahulu, kemudia hafal.

6. Study berterusan walau pun hanya melihat/ membaca nota sekali imbas, sekurang-kurangnya sebelum kelas untuk subjek itu bermula hari-hari seterusnya.

7. Jumpa pensyarah. Setiap pensyarah ada teknik pengajaran, soalan dan pemeriksaannya tersendiri. Penting untuk tahu cara soalan dan jawapan yang dikehendaki pensyarah.

8. Peka. Tidak bergantung dengan desas-desus yang tidak diyakini benar.

9. Jumpa sendiri pensyarah untuk mendapatkan jawapan topik yang tidak difahami selepas ulangkaji sendiri.

10. Berdoa kepada Allah selalu supaya meredai ilmu kita perolehi, kuatkan semangat, hilangkan rasa malas dan sentiasa betulkan niat. Allahlah sumber segala ilmu!

11. Tawakal SETELAH berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH.

12. Jaga kesihatan!

13. Hormat pensyarah untuk keberkatan ilmunya.

14. Minta ayah, mak dan ahli keluarga doakan kejayaan kita.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s