Post Mortem Semester 2, Tahun 2.

Posted on

Keputusan peperiksaan semester dua, tahun dua sudah keluar. Alhamdulillah, walau pun jauh tersasar daripada sasaran GPA 4.00, ternyata usaha ana tidak sia-sia kerana nilainya meningkat lebih baik daripada semester sebelumnya.

 

Inilah jerih-perih ana, walau pun tak seberapa, tanpa unsur penipuan/ perbincangan yang tidak dibenarkan di dalam kuiz ataupun peperiksaan. Jerih perit inilah yang menjadi manisnya, setelah ‘pahit’ menjadi kunyahan ana sepanjang semester lepas. Alhamdulillah. Ana berbangga kerana tidak meniru! (Moga Allah tetap kukuhkan prinsip ini, amin.)

 

Semester lepas ialah semester yang tidak sibuk dengan aktiviti persatuan. Walau pun ana mendapat amanah-amanah baharu, skop kerjanya tidak meluas lagi. Maklumlah UIAM Kuantan baru mula hendak berlari. Pun begitu, dasar baharu UIAM yang meletakkan nilai untuk aktiviti luar daripada skop kurikulum(baca: kokurikulum), pada ana, sangat membantu pelajar untuk meningkatkan lagi nilai gred sedia ada, selain memupuk semangat berpersatuan di kalangan mahasiswa.

 

Menjadi pelajar yang aktif  bermakna anda terpaksa melakukan ‘pengorbanan’ yang besar. ‘Pengorbanan’ itu adalah jihad melawan nafsu. Masa perlu ditambah untuk menelaah, setelah anda berpenat dan berhempas-pulas dengan program. Tambahan lagi jika program berlangsung pada saat-saat genting hampir dengan peperiksaan/ ujian. Pengorbanan ini sebenarnya lebih bermakna daripada ruang dan senggang masa yang digunakan untuk perkara sia-sia seperti hiburan atau istirehat yang berlebihan.

 

Ana membuat kesimpulan, menggauli ilmu pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan, bukanlah satu tindakan yang bijak untuk pelajar universiti. Dunia kampus ialah dunia yang berbeza dengan dunia persekolahan, kerana ia menuntut stamina dan konsisten yang berterusan. Untuk cemerlang, anda harus punyai momentum yang hebat untuk berdepan dengan segala ujian nafsu, masa, kesihatan, persekitaran dan sistem sesebuah universiti itu sendiri.

 

Ana berdoa, supaya diri tetap tabah dan punya keghairahan (passion) untuk terus melangkah. Insya’Allah.

 

 

2 thoughts on “Post Mortem Semester 2, Tahun 2.

    Ibn Ali said:
    May 4, 2009 at 6:11 am

    Salam singgah kak. baru kali pertama singgah, mabruk

    wardahputeh responded:
    May 17, 2009 at 7:40 am

    Terima kasih dik. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s