‘Wardah Puteh’ bukan sekadar nama gelaran

Posted on Updated on

S. Tuahada ketika di Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 telah bertanyakan soalan-soalan yang sukar untuk ana jawab.

Katanya adakah ana muncul menjadi individu lain ketika penghasilan karya ana?

Benar secara peribadi, ana berasa tertampar dengan realiti, bahawa karya-karya ana tidak semua melambangkan diri ana yang sebenar.Walau pun begitu, karya-karya ana muncul dari suatu sudut peribadi yang paling dalam, yakni fitrah sukakan kebaikan.

Wardah Puteh telah abadi dalam diri ana bertahun-tahun lamanya sehingga ana cintakan panggilan itu. Ia bukan sekadar nama gelaran tetapi impian.

Wardah, perkataan bahasa Arab seerti dengan bunga mawar. Jadinya Mawar Puteh; mawar yang berwarna putih.

Puteh itu sebetulnya adalah putih, warna kesukaan ana. Selain sifatnya yang suci dan bersih, Puteh juga merupakan nama nenda ana, Puteh bt. Ahmad.

Mawar barangkali disukai ana kerana keharuman dan duri yang ada pada batangnya. Juga kerana kelopak-kelopaknya yang begitu halus dan lembut, namun sukar untuk gugur. Secara kebetulan, mawar adalah bunga kesukaan golongan sufi.

Sufiyyah nama blog ana terbit daripada minat yang mendalam terhadap keajaiban golongan sufi yang misteri, sejak ana dihadiahkan senaskah buku berkaitan sufi ketika berumur 9 tahun oleh mama sebagai hadiah ulang tahun.

Ketakjuban muncul saat  membaca kisah-kisah Rabiah al-Adawiyah yang sangat tabah dan kecintaannya kepada Tuhan yang amat memikat.

Ia tidak terhenti setakat itu kerana detik-detik persekolahan ana yang perit;menjadi mangsa buli tanpa sokongan kuat dari mana-mana pihak, maka ana bertemu dengan Tuhan setiap kali berasa pedih dan sekaligus kononnya bercita-cita menjadi Rabiah al-Adawiyah.

Namun, diri Hazwani Husain sekarang tidaklah sesuci dan setulus seorang Sufiyyah atau Wardah Puteh. Wardah Puteh adalah impian, dan Hazwani Husain adalah kenyataan.

Kenyataan yang cuba dan ingin sekali untuk menyentuh impian.

Apa-apa pun, ana menulis sebagai satu fitrah dan alhamdulillah, telah dianugerahkan Tuhan dengan bakat.  Maka, kerana hidup sebenarnya untuk mati bertemu Allah, saat menulis, yang terbayang di benak ialah Bagaimana mahu menebus segala dosa di hadapan Tuhan nanti?

Oleh itu, penulisan adalah saham paling bererti dalam hidup ana, kerana ana mencintainya sepenuh jiwa. Dan insya’Allah ia  telah ditanam dalam diri untuk menjadi medan dakwah tanpa had, samada cerpen, puisi, artikel atau pun novel.

Doakan ana.

5 thoughts on “‘Wardah Puteh’ bukan sekadar nama gelaran

    annamlatun said:
    May 28, 2009 at 3:51 pm

    moga wardah puteh terus berkembang dengan penuh seri…=)

    Nazmi Yaakub said:
    May 30, 2009 at 5:28 pm

    pun, kita mahu menjadi orang yang lebih baik, kan?

    S.Tuahada said:
    May 31, 2009 at 2:44 pm

    Saudari Tahniah atas karya bulan jun, sama-samalah kita berjuang. Apa-apa pun, menjadi seorang penulis baik serius atau minat, kita harus ada etika. Ni, ada sikit nasihat untuk dikongsi. Pernah dengar ‘Harta Intelek’ seorang penulis? dan etika seorang penulis yang bertanggungjawab. Untuk keterangan lanjut, saya akan emel ke saudari. Kita kekal berhubung ok! Nyata, mawar itu indah, dirasa tapi sukar untuk ditampak. Walau ia mekar indah beberapa hari, tapi perasaannya kekal selama-lamanya. Terus berusaha!

    wardahputeh responded:
    June 2, 2009 at 3:57 am

    Annamlatun,
    terima kasih. Moga cik semut terus membesar sihat kuat.

    En. Nazmi Yaakub,
    terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini!

    S. Tuahada,
    salam kenalan semasa PPMN 2009, tahniah juga skrip karya anda tersiar di TC Jun. Terima kasih!
    Selamat menulis juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s