Travelog Iran: Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad

Posted on Updated on

TravelogIRAN

Membaca hasil tangan Dina Sulaiman tentang liku-liku hidupnya semasa di Iran, betul-betul membuatkan hati tertambat. Apatah lagi apabila Iran itu sendiri merupakan sebuah negara yang eksotik, majoritinya Muslim Syiah, budayanya yang aneh dan jejak-jejak sejarah tamadunnya yang mengagumkan.

Dalam kabut dunia yang haru-biru dicipta Amerika, Iran berjaya mengekalkan kemandiriannya menghadapi segala masalah yang melanda-baik isu dadah, ekonomi, politik dan sebagainya. Membaca setiap helai dan halaman buku ini, telah menemukan kehebatan Iran-kuasa nuklearnya, kekuatan menghadapi sekatan ekonomi dan ke’singa’an mereka berdepan dengan Amerika, terutamanya Zionis. Turut diceritakan bagaimana kebencian penduduk Iran terhadap Amerika dan dunia politik Iran yang selalu mendapat perhatian dunia.

Buku ini turut memaparkan dua perspektif berbeza kerana turut ditulis oleh suami Dina Sulaiman; Otong Sulaeman. Bermakna Iran telah ditulis dari sudut pandangan seorang wanita dan seorang lelaki.

Hampir seluruh pelusuk Iran telah diterokai pasangan ini, menjadikan buku ini molek benar untuk dimiliki, lebih-lebih lagi yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan orang-orang Syiah, budaya Iran dan cara hidup mereka.

Terbit: 18 Februari 2009

Penerbit: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Harga: 25.90 [Semenanjung]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s