Papyrus, Downtown dan Malam Di Giza

Posted on

Di Kedai Kertas Papyrus

papyrus

Pokok papyrus  mempunyai batang yang panjang dan hujungnya berjuntaian seperti bunga. Pokok sebegini di Malaysia, seperti biasa dilihat saya berdekatan sungai atau alur.

Batangnya jika dilihat dari bahagian bawah setelah dipotong, berbentuk segi tiga. Orang Mesir percaya bentuk itu adalah simbol piramid, manakala hujungnya yang berjuntai seperti percikan bunga api itu dikatakan mewakili matahari, simbol suci.

Batang pokok papyrus kemudiannya dipotong memanjang nipis-nipis dan direndam di dalam air beberapa lama untuk melembutkannya. Selepas itu, hirisan-hirisan nipis akan disusun berselang seli dan bertindan antara satu sama lain sebelum ditindih dengan benda berat seperti bongkah kayu atau batu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan,  kertas akan terhasil.

kertas

Di dalam kedai itu terdapat banyak sekali lukisan yang indah  dilukis di atas kertas papyrus. Ada gambar burung yang hinggap di atas pokok, firaun, piramid, ayat-ayat suci al-Qur’an dan sebagainya. Harganya boleh tahan. Barangkali kerana kualiti.

Adik saya membeli sebuah lukisan berharga 80 pound. Kertas papyrus comel itu dilukis dengan beberapa ekor burung yang hinggap di atas sebuah pokok. Saya rasa adiklah satu-satunya ahli rombongan yang membeli di situ sehingga dia menjadi orang terakhir menaiki bas. Barangkali juga kerana semua ahli rombongan sudah kepenatan dan harga lukisan di situ agak mahal.

Bas bergerak meninggalkan kedai kertas papyrus itu. Kami menuju ke hotel di Downtown, Giza.

Downtown, Giza

Downtown, Giza dikatakan sebagai pusat membeli-belah. Sepanjang jalan, apa yang kelihatan ialah kenderaan bersimpang-siur. Kereta, motosikal, bas, van di sini dipandu bagaikan tiada peraturan jalan raya sehinggakan acap kali saya mengurut dada kerana terkejut. Kelihatannya, untuk memberi amaran dan tanda meminta laluan, hon akan dibunyikan. Lantas, bunyi hon asyik kedengaran sepanjang perjalanan kami ke hotel.

Apabila bas kian mendekat ke hotel, bangunan-bangunan pasar raya makin banyak.  Di tingkap kaca kebanyakan kedai itu terdapat patung-patung. Patung-patung itu tersusun dengan banyak sekali. Ada patung perempuan, lelaki, dan kanak-kanak pelbagai gaya. Patung-patung itu disusun bertingkat-tingkat hingga ke bahagian cermin paling atas! Bayangkan betapa banyaknya patung-patung di sini memperagakan pakaian yang bermacam-macam, sehinggakan yang berpakaian  seksi  dengan gaya yang mengghairahkan.

Aduhai.

Sebenar-benarnya mungkin kerana ekonomi di sini dipegang oleh orang Kristian.

Sesampainya kami di hotel , aktiviti rehat mengambil alih. Alhamdulillah Grand Hotel di tengah-tengah Downtown, benar-benar menyelesakan, walaupun malam kami ditemani bingit hon tak berpenghujung.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s