Catatan Silam Wardah Puteh: BUKU

Posted on

Dari blog rumputlayu

bertarikh 3 Mei 2007

 

Subuh. Jumaat. Masih awal ketika ini. Ana semalam, baru sahaja selesai membaca buku diari kepunyaan Nadiah Amirah. Dari toko buku di seberang jalan utama. Pergi berjalan kaki dengan adik, yang baru beberapa langkah sudah mengadu lenguh-lenguh macam nenek kebayan! Ah, membaca di kedai buku memeng enak sekali. Kenapa tidak disediakan ruang untuk membaca? Buku yang berkualiti, bukan sekadar hendak dibaca sekali sahaja, tetapi untuk dimiliki. Wajar sekali, bangku tempat membaca disediakan di kedai-kedai buku. Namun mungkinkah kesedaran masih belum membara? Kalau pun sudah membara, mungkin juga apinya belum menyala.

Akhirnya, ana pulang dengan sebuah buku koleksi cerpen. Belati cinta Zulaikha; pemenang kateori cerpen, puisi, kajian dan rencana sastera. Hadiah sastera Kumpulan Utusan 2003.

Belati cinta Zulaikha

Tidak tertanggung kilauan asmara

menikam gelodak nafsu

ketika runcing cinta menggoda mata

akulah perempuan terbelit

ditusuk panahan api rindu

tatkala telaga berahi menakung

saratnya kocakan buih kesepian

atma cinta buatmu, seorang Yusoff

telah melarutkan taman kesetiaan

menjadi pagar-pagar perasaan

menahan pedihnya cinta terlarang.

Seorang Yusoff: kupilih penjara hati

yang membelenggu serakahan naluri

kerana kemilau cintamu, Zulaikha

tidak terjangkau libasan pedangNya

penjarakan jasadku jauh dari fitnah dan tohmah

~Sri Iman, Kemaman

Puisi ini memang indah. Dan ana pun akan berangan-angan menjadi seperti gadis manis Cinta dalam kembaranya di dalam Ada Apa dengan Cinta, membaca sajak-sajak yang puitis. Sajak, adalah kalau tidak bukan rekaan akal, adalah mata hati seorang insan. Mengalunkannya, biarlah dari kalbu yang paling dalam.

Di dada mereka adaKhalid

Mereka tak pernah mengimpi puja sanjung

dan nama menggunung

di dada mereka ada khalid

di tangan mereka pedang keberanian

di hati mereka berkubu keyakinan

seorang mati seribu lagi bingkas

mengipas bara perjuangan.

Perjuangan suci tak pernah tunduk

pada igau kematian

mati hanya mampu menumpaskan pengecut

hidup hanya bererti buat yang berani

biar seribu tahun

perjuangan luhur jalannya berlumpur.

Di dada mereka ada khalid

singa garang si padang juang

setiap hari akan mereka nantikan

musuh pulang mngusung walang

musuh walang mengusung keranda teman.

~Bera, Pahang

Begitulah. Buat kesekian kali, ana pulang dengan hampa untuk mendapatkan oleh-oleh Faisal Tehrani.

Hati mengigit-gigit geram kerana hajat berkunjung ke Pesta Buku tidak kesampaian…

Tika kecil dahulu, seingat ana, mak dan ayah gemar sungguh membeli buku. Selalunya, gambar yang terpampang besar-besar, cantik dengan sedikit teks di tepi. Ayah ana pun akan melukis di ruang-ruang kosong sambil bercerita. Dan ana mendengar sungguh-sungguh sambil mewarna.

Ketika menginjak dewasa, kegilaan ana membaca cerpen memuncak lagi. Ana sanggup memanjat almari untuk mengambil naskhah koleksi majalah Keluarga mak di rak paling atas. Dan menyelongkar Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera untuk mencari ruangan cerpen. Pada waktu istirehat di sekolah, ana terus sahaja ke pustaka. Membaca buku-buku yang lebih cantik gambarnya. Dan hanya mampu menelan air liur untuk memiliki sebuah ensiklopedia.

Kemuncak zaman kanak-kanak ana itu, karangan [Penulisan] buah tangan ana sering dipuji-puji oleh guru. Malang sekali, ana sebenarnya tidak punya pilihan, selain memilih karangan tentang peristiwa atau cerita. Kerana picik minda ana dari fakta-fakta.

Dan akhirnya, tatkala melangkah ke sekolah menengah, ana beralih arah. Gemar membaca buku-buku berunsur keagamaan dan motivasi. Mungkin juga kerana rentak mak dan ayah berubah; menghadiahi ana koleksi buku-buku agama pula di Hari Lahir. Lewat hari-hari itu, ana terbaca tulisan Faisal Tehrani yang ana kagumi, saranannya untuk beralih ke buku-buku yang lebih berat.

Membaca, adalah satu kenikmatan bagi yang mahu. Seperti asyiknya mengunyah kek coklat selepas berbuka. Di minda, fakta akan jadi menarik jika ada keperluan. Seperti seorang peguam yang mencari hujah-hujah di sebalik buku-buku tebal dan berat bertan-tan, tanpa jemu!

Seperti itulah. Dunia ana dengan buku. Tiada yang lebih.

Dan sampai sekarang, malang sekali, AQ masih belum ditelaah dengan asyik,tekun dan teliti..Astaghfirullah

Laiilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s