Durian Untuk Tok Chik

Posted on Updated on

Petang tadi mama dan abah mengajak ana pusing-pusing sekitar taman perumahan, menghantar buah durian untuk jiran dan kawan-kawan. Abah kata kenduri untuk ana dan adik sempena bulan Rejab.

Buah durian dari kampung mama-Kampung Kubang Julok, Naka adalah dalam 10 biji lebih. Durian itu manis sekali rasanya dan saat isi durian menyentuh lidah, teksturnya terasa begitu lembut sehinggakan terasa seolah-olah isinya mencair dengan sendirinya.

Setelah beberapa buah rumah, kami sampai ke rumah Tok Chik, jiran satu taman yang sudah dianggap seperti emak oleh mama. Kami sampai sewaktu Tok Chik sedang makan di dapurnya. Ada lauk ikan temenung. Ada ulam.

Kata Tok Chik ramah, “Dah tua-tua begini tak boleh dah makan malam-malam”

Saat mama menyalami tangannya, ana perasan ada air bergenang di matanya yang layu. Bisiknya, “Sudah lama tak singgah sini. Mak cik ingat mak cik ada buat salah apa-apa. Semalam mimpikan kakak [ana] datang.”

Subhanallah.

Suami Tok Chik, mesra dengan panggilan Pak Cik Mail, pernah menjadi imam surau di hadapan rumah kami dahulu. Tok Chik pula dahulu adalah guru al-Qur’an.

Saat meminta diri untuk pulag dan mencium kedua-dua belah pipi Tok Chik, bisiknya ke telinga ana, “Doakan Tok Chik mati dengan iman ya. Jangan lupa datang ziarah nanti.”

Ana hanya mengangguk perlahan.

Ketika dalam kereta, mama pun berpesan, sewaktu mudalah buat amalan banyak-banyak, nanti apabila sudah tua, tak banyak lagi yang boleh dilakukan kerana keuzuran dan kesihatan tak mengizinkan.

Betul cakap mama.

Namun, mentaliti orang muda dan sihat seperti ana,  selalu menyangka mati itu terlalu jauh, padahal kematian itu sedang menunggu dekat di urat nadi kita.

“Tok Chik, tolong doakan saya jika saya pergi dahulu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s