Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Negeri Kedah 2009

Posted on Updated on

28 Jun baru-baru ini, alhamdulillah ana dapat meluangkan masa untuk menghadiri Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah 2009. Namun begitu, ana datang agak lewat kira-kira jam 9.30 malam dek kerana menunggu abah selesai solat insya’ di surau hadapan rumah kami. [Abah melarang ana memandu malam-malam, sedangkan ana sebenarnya teruja memandu waktu itu!]

Ini adalah kali pertama ana menjejakkan kaki di Taman Budaya Negeri. Dari luar tidak kelihatan seperti ada majlis, agak gelap dan suram, sehinggakan pertanyaan ana kepada seorang pekerja di situ dibalas dengan jawapan ‘tidak tahu’.

Ketika ana melangkah masuk ke auditorium, peserta ke -8 sudah selesai mendeklamasikan puisinya. Auditorium penuh. Kehadiran agak memberangsangkan, fikir ana. Di belakang dewan, terletak meja panel hakim, yang dapat ana tangkap ialah En. Hasan Baseri Budiman dan En. Jamaludin D.

Acara diakhiri dengan persembahan gurindam daripada wakil negeri kedah yang akan bertanding di peringkat kebangsaan nanti. 

andai negeri raja berdaulat

pastinya rakyat mendapat berkat

budi bahasa amalan kita

bagai permata hiasan mahkota

Suaranya yang memecahkan malam hening betul-betul memukau dan mendayu-dayu sampai kakak  di sebelah ana memberi komen,”Aduh, bertambah-tambah lagi kantuk akak!”.

Juga ada penyanyi yang melagukan puisi berbaur kemerdekaan dan lagu Karmila. [Maaf ana sudah lupa namanya kerana tidak mencatat]. Suaranya persis suara Awie sampaikan dewan gamat dengan tepukan bergemuruh.

Karmila kini hanya tinggal nama

Pemenang dan pembawa harapan negeri Kedah adalah peserta wanita, diikuti peserta terakhir [peserta ke-11], juga wanita-memenangi tempat ke-2 sayembara. Tempat ketiga dirangkul peserta lelaki yang rupa-rupanya suami kepada kakak yang duduk di sebelah ana. Anak-anaknya yang teruja menjerit-jerit, “BABAH! BABAH!” huhu~

Sebelum itu, panel hakim telah memberi komen mengenai peserta yang bertanding.

Dua teknik penting dalam mendeklamasikan puisi ialah:

1. Suara:  vokal, intonasi, nada, artikulasi

2. Gaya & teknik: mimik muka, penghayatan, bahasa tubuh, penampilan

Penampilan-sebaik sahaja peserta melangkah masuk ke arena-bagaimana mengatur langkah, keyakinan.

Bahasa tubuh-tangan, kepala, bahu

Mimik muka, penghayatan-memahami puisi, menjiwai puisi

Nada-seimbang, nada tak sepatutnya berlainan dengan tema puisi

Komunikasi-mata

Suara-variasikan, dipelbagaikan pada setiap rangkap

 

Alhamdulillah, niat ana menghadiri majlis ini untuk belajar sesuatu akhirnya dimakbulkan Tuhan.

 

~Semoga Negeri Kedah akan menjadi juara pada tahun ini, amin.

One thought on “Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Negeri Kedah 2009

    fairuzan abdul majid said:
    July 2, 2009 at 5:39 am

    bagus semangat anda mempelajari suatu yg baru. rajin2 lah melawati blog saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s