Pencuri

Posted on

Satu barang berharga milik ana telah dicuri beberapa hari yang lalu.

Sewaktu menyedarinya, perasaan kosong. Tetapi setelah menggantikannya dengan yang baharu, tiba-tiba perasaan sedih yang tak dapat dibendung datang menyerbu.

Walaupun ana telah ketemu barang baharu yang semestinya tidak seburuk yang lama, atau pun tidak ada torehan calar-balar tak terhingga, dan segalanya nampak indah, hakikatnya yang baharu tidak akan sama dengan yang lama.

Barang yang lama itu punya keistimewaan dan nostalgik tersendiri, hatta jika ana membeli jenis yang sama. Bahkan di dalam barang yang hilang itu punyai seribu khazanah yang telah ana hempas pulas melahirkan, bertahun-tahun lamanya. Lupus terus!

Ya Tuhan…

Bagaimanakah diri dapat mengempangi  rasa sebak tak terhingga?

Untuk berdoa kepada Tuhan untuk membalasi perbuatan jahat pencuri, terasa seperti tidak kena kerana barangan itu secara luaran memang milik ana, tetapi hakikatnya milik Allah S.W.T. Ana juga percaya, manusia suka bertindak dan berfikir tergopoh-gapah, sedangkan Tuhan Maha Mengetahui yang paling baik untuk hamba-Nya.

Samada bersyukur atau tidak…

Yang pasti, di akhirat kelak, ana mendoakan semoga beroleh ganjaran kerana punyai sedikit sabar di jiwa.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s