Erti Kematian Tamtam

Posted on

Sebetulnya ana tak punyai seekor kucing pun di rumah. Tetapi, seekor kucing siam jantan milik jiran suka datang bertandang. Bulu putih dengan tompokan kelabu, mata kuning kehijaun dan berbulu lembut, pastinya menarik perhatian peminat kucing. Kemudian, seekor lagi kucing betina milik jiran sebelah rumah ana yang telah berpindah datang ‘menetap’ terus. Kucing biasa tapi punya empat warna; putih, hitam, coklat dan oren. Matanya kuning.

Kami menamakan si jantan dengan nama Si Gemuk/ Momok dek kerana saiznya yang besar dan tingkahnya yang suka menggigit dan si betina dengan nama Memey/ Mimi, nama feminin kerana keayuan kucing ini.

Selepas itu muncul anak-anak kucing comel di rumah kami. Tiga ekor. Dua ekor berwarna oren terang bermata biru muda dan putih tompok hitam dengan mata kuning. Kemudian, kesemuanya ‘hilang’. Dua ekor mati dan seekor hilang ketika kami menunaikan umrah.

Baru-baru ini, dua ekor lagi menghiasi rumah kami. Saat itu, ana melihat sendiri Memey menahan kesakitan sewaktu melahirkan anak-anaknya, kekuasaan Tuhan mengurniakan naluri keibuan walaupun kepada seekor kucing, dan keindahan ciptaan Allah.

Seekor berbulu lebat seperti Momok tetapi warna hitam bercampur koko gelap, dan bermata biru kekelabuan. Seekor lagi berwarna putih bertompok hitam dan bermata biru juga. Si hitam kami namakan Tamtam, kucing jantan dan si putih kami namakan Mone, kucing betina.

Pun akhirnya, kami menilai kekuasaan Rabb dengan penciptaan kucing-kucing ini. Tamtam baru saja mati tadi. Inalillahiwainna ilaihiraji’un.

Pastinya ana akan ketemu Tamtam yang comel itu lagi. Tetapi dalam situasi dan tempat berbeza.

Yakni di hadapan Rabb, sewaktu pengiraan amalan ana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s