PPSMI dan Kepulangan

Posted on Updated on

Bahasa yang pulang kembali

Pagi. Selepas subuh dan mandi, abah, mama, dan ana menghantar adik ke sekolahnya, Maktab Mahmud Alor Star. Ketika mau mengucup pipi adik, dia melarikan kepala kerana malu. Pun begitu ana memahami hati seorang adik, pastinya dia akan memendam rindu saat perpisahan ini berlaku.

Selesai menghantar adik, kami menuju ke pasar basah yang dikenali sebagai Souq al-Bukhari. Minum pagi di kedai makan berhadapan dengan pasar basah, sepiring mee dan telur masin [setelah tidak tahu mau makan apa] dan abah pula menghirup bubur nasi bercampur daging dan telur masin. [ditambah pula selepas itu pulut ikan kering]. Mama yang berpuasa Rejab membaca akhbar.

Tajuk utama hari ini pastilah isu PPSMI yang telah dimansuhkan. Ana percaya ramai orang yang bersorak gembira dengan keputusan ini. Tahniah buat semua pejuang bahasa!

Secara tidak langsung pula, meja kami bertukar menjadi menjadi ‘meja bulat’.

Kata mama [guru pencen bahasa Melayu dan Sejarah], “Dek kerana ketiadaan guru yang mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, ada guru bahasa Melayu yang dipaksa menjadi guru matapelajaran itu.”

Kata abah [pengetua pencen], “Setelah penat membuat laporan kerunsingan mengenai peratusan pencapaian dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam BI saban tahun, berita yang keluar akhirnya tentang PPSMI yang berjaya dilaksanakan. Setelah bertahun-tahun pula, akhirnya kelemahan diakui.”

Sesetengah pihak juga berpendapat, dari segi pendidikan PPSMI banyak buruk daripada baiknya, tetapi dari segi ekonomi pihak-pihak tertentu, pastinya menguntungkan.

Bayangkan berapa banyakkah duit yang telah dileburkan untuk menjayakan program ini-laptop, lcd, kursus segala.

Barangkali juga betul. Barangkali juga salah.

Selamat pulang bahasa ibundaku!

Pulang ke kampus

Hari ini ana akan pulang ke kampus UIAM Kuantan.

Kata teman, kepulangan yang awal.

Barangkali.

Tetapi ana ada misi yang belum ditunaikan.

Membaca 2 buah buku usrah untuk peperiksaan yang dijangka minggu depan!

 

Sebelum pulang, pastikan barang-barang siap dan lengkap!

One thought on “PPSMI dan Kepulangan

    Mohd Faez Hashim said:
    August 19, 2009 at 5:19 am

    Alhamdulillah… PBMSI dimansuhkan…. frankly, I’m against this from the first day it was introduced…

    Sejarah telah menunjukan.. semasa zaman penjajahan british, mereka yang boleh berbahasa inggeris akan diketengahkan.. that’s why orang melayu ketinggalan. This issue surfaced after a comment that fresh malay grads unable to speak english during interview. This is a fact. I interviewed fresh malay grads. They can’t speak english. If this is the issue, should implement english in higher education, where applicable. No doubt, bahasa melayu still our language.

    Primary student must understand basic of math and science. Implementation of PBMSI limit the knowledge since most of student stay in kampung unable to refer to their parents since their parents is non-english background.

    I don’t speak english well during my primary & secondary school (well those days in maahad don’t really push for english fluency). Alhamdulillah, I push myself to speak english during my 2nd year university. Hahaha…. really broken english at first… alhamdulillah.. improve along the years…

    Salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s