Sains dan Sastera

Posted on

Semalam hari pertama ke kelas. Kelas Research Methodology diajar oleh Dr. Jalal dan Dr. Ariokiaraj.

Sebelum ini,teman-teman ada bertanyakan ana tentang bagaimana untuk memilih tajuk untuk Final Year Project kami,kerana ana sudah berkira-kira untuk melakukan benda yang sama dari report EAP[ English for Academic Purpose], Recombinant Protein: Gaining useful clinical compounds from transgenic plant.

Insya’Allah.

Pun begitu, pertanyaan teman-teman tidak terjawab.

Akhirnya pagi semalam segala ‘teka-teki’ berakhir.

Paling penting sekali ‘research’ dilaksanakan kerana adanya keperluan/masalah yang timbul.

Betapa banyak masalah yang ada di dunia ini seiring pula dengan betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.

Tahukah anda, pada kulit katak Afrika terdapat potent untuk menghalang tumor?

Wah, ana baharu saja tahu semalam dan semakin teruja untuk belajar Chemistry and Biochemistry in Natural Products. Ia bukan sekadar Kreb’s Cycle, Acetyl CoA ataupun segala macam building blocks yang menyesakkan kepala, tetapi bukti kekuasaan Rabb. Betapa kompleksnya ciptaan Tuhan, walaupun pada pandangan mata kasar, ia terlalu kecil dan ‘simple’.

Ternyata Tuhan menyuruh kita memerhatikan alam ini, bukanlah untuk tujuan sia-sia, tetapi untuk kebaikan. Alam sebagai hamba-Nya, taskhir pula kepada manusia.

Begitu juga dalam sastera. Teringat ana semasa menyertai Minggu Penulis Remaja [kebangsaan], ada slot bersiar-siar di ibukota mencari ilham. Kami dilatih melihat sesuatu perkara bukan sekadar zahirnya sahaja, tetapi tembus menilai yang tersirat. Itulah penulis. Penulis adalah pemikir.

Ahli sains juga adalah pemikir.

Siapa kata sains dan sastera berbeza?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s