Kita Diuji Dengan [pe]Rasa[n] Sibuk

Posted on Updated on

Kami dibayar RM 300 satu semester.

Sebelumnya, hanya RM 50. 

Pun, RM 300, walau pun mungkin bagi sesetengah orang adalah jumlah yang sedikit, kami berasa runsing.

Hani menyuarakan rasa bimbang.

Farah Faiqah ada kelat di wajahnya.

Ana?

Lagi bingung memikirkan tugasan yang dilaksanakan tidak memadai nilai ‘gaji’ yang diberi.

‘Delima’ fasilitator ‘study circle’ [naqibah].

Buktinya semester ini, ramai yang menyuarakan hasrat menarik diri.

Pun, ana percaya antara faktor lain perletakan jawatan adalah kerana kesibukan dalam persatuan lain, mahu pun pelajaran yang semakin sukar setiap kali semester bertambah.

Semester ini, kata senior ana, adalah semester yang paling sukar. Dengan 6 mata pelajaran teras; 16 kredit masa dan 4 kelas praktikal di makmal.

Semester yang padat dan ‘mengancam’.

Semalam, tika membelek-belek majalah Mingguan Wanita di perpustakaan, ana terbaca artikel tentang ‘pelajar cemerlang’.

Pelajar yang cemerlang itu bagaimanakah?

Adakah kerana A berderet yang digapainya?

Ataupun kerana ketekunan dan ketabahannya mencari ilmu?

Bagaimana dengan pelajar gred D yang berjaya merangkul gred B setelah berhempas-pulas?

Ataupun pelajar cemerlang itu adalah pelajar yang saban tahun mendapat gred A pada setiap subjek?

Hm.

Pun, bagi ana, yang memberikan kejayaan adalah Rabb. Yang menilainya pun, Rabb.

Apa kaitannya seorang pendakwah, kesibukan dengan pelajaran dan masa yang mengekang?

Kata seorang sahabat, pendakwah perlu menjadi orang yang ‘perfect’. ‘Perfect’ dalam segala hal. Berusaha sedaya mungkin-pelajaran, dakwah dan sebagainya [ma’ruf]. Natijahnya diserahkan kepada Rabb.

Barangkali, ya barangkali…

kejayaan masih tertangguh.

Cuma masa yang menentukan.

If you want a place in the sun, you’ve got to put up with some blisters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s