Islam Itu Indah

Posted on Updated on

Pasca kelas Medical Biotechnology Dr. Raha Ahmad Raus, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Bioteknologi UIAM Gombak.

Di dalam buku Concepts of Genetics, Theodosius Dobzhansky mengutarakan pandangan  di dalam tesisnya bahawa, “Nothing in biology makes sense except in the light of evolution.”

Kemudian pada tahun-tahun kebelakangan ini, pandangan bahawa

 “Our understanding of all things biological will remain incomplete until the genetic basis of every living process is made clear.”

 

Ya.

Teras biologi adalah genetik.  Kita adalah makhluk ‘biologi’.

Sekarang adalah tidak menjadi sesuatu yang aneh apabila pasangan anda meminta ujian genetik dilaksanakan sebelum perkahwinan.

Ataupun teori bahawa, yang menyebabkan penuaan adalah kerana radikal bebas yang dihasilkan di dalam mitokondria anda sendiri.

Juga, teori kanser payudara adalah penyakit keturunan kerana kehadiran gen BRCA 1 dan BRCA2.

Genetik, yang menjadi teras biologi juga telah membuktikan kekuasaan Allah.

1. Perkahwinan antara sepupu yang tidak digalakkan di dalam Islam sebenarnya membuka ruang hikmah yang sangat besar.

Tahukah anda, bahawa setiap orang daripada kita membawa sekurang-kurangnya 5 jenis alel yang rosak dalam bentuk heterozygous?  Nah, jika kita berkahwin dengan sepupu yang ternyata punya penyakit yang sama-sebagai  pembawa, natijahnya, anak-anak yang bakal mewarisi penyakit tersebut [autosomal recessive].

 2. Bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi Muslim-yang tidak membezakan warna kulit selain takwa kepada Allah.

Tahukah anda, bahawa Yahudi Ashkenazi merupakan populasi paling banyak menghidapi penyakit Tay-Sachs?

Penyakit Tay-Sachs adalah penyakit yang menyebabkan kemerosotan system neuron dengan simptom seperti otot lemah, lumpuh, buta dan mati dalam jangka hayat 5 tahun disebabkan mutasi pada gen HEXA.

Si buta dan si kudung pun akan mengucap hamdallah jika mengetahui adanya penyakit ini.

Genetik adalah ciptaan Allah-halus dan rumit. Tidak terkurang dan tidak terlebih adalah kondisi paling baik. Seperti kata Dr. Raha,

 “Jika anda kaya, berilah pada yang memerlukan.”

 Betul. Hidup bersederhana adalah paling baik.

 Islam itu indah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s