Saintis Gila

Posted on Updated on

DSC02600

Memang ana teruja untuk Projek Tahun Akhir [FYP]  walau pun tahun depan baharu akan bermula.

Ana sudah merancang untuk membuat praktikal tiga bulan nanti di MARDI Bukit Tangga, Kedah; sebuah pusat kajian buah-buahan. Moga ilmu yang diperoleh boleh dipraktikkan sebanyak-banyaknya di dalam projek tahun akhir nanti. Amin.

Beberapa hari yang lalu, ana berpeluang bercakap-cakap dengan senior yang juga sekarang merupakan pensyarah ana dalam subjek Bioinformatics.

Sembang-sembang kami telah membuka minda. Banyak lagi benda yang boleh diteroka!

Bioinformatics adalah satu bidang yang merangkumi penggunaan komputer dan hidupan biologi terutamanya molekul. Data-data yang banyak disimpan secara tersusun dan mudah untuk difahami serta dianalisis. Antaranya ialah susunan DNA, protein dan genom. Aplikasi bioinformatics ialah ‘drug design’ dan ‘medical science’.

Perisian yang digunapakai dalam internet adalah:

http://genome.cse.ucsc.edu/

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/

Yah, kita pun selalu mendengar kenyataan saintis itu gila.

Betik yang dihasilkan dari bakteria mungkin kedengaran pelik, tapi sudah berlaku.

Plastik mudah lupus dari bakteria, sudah dikomersialkan di Barat.

Atapun sel darah dari pokok getah?

Bioinformatics mungkin memberi jawapannya.

Tapi apa yang nyata, saintis memang gila.

Gila bekerja.

*gambar tiada kaitan dengan tajuk =p

2 thoughts on “Saintis Gila

    lydecker86 said:
    July 30, 2009 at 1:09 pm

    lari dari tajuk..
    kenapa tak pernah nampak kawan kak long yang ayah dia sakit hari tue ek kat UIA?

    Jodoh saya, kalau sudah takdir « Wardah Puteh said:
    March 13, 2011 at 12:24 pm

    […] juga pernah memendam rasa nak ke MARDI Bukit Tangga , tapi tak dapat . […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s