H1N1

Posted on Updated on

Khamis lepas, selepas kelas praktikal bioinformatics dan makan tengah hari bersama-sama Akma, tiba-tiba kami mendengar suatu perkhabaran yang amat mengujakan.

Terus sahaja P.A HOD yang kami sayangi; Kak Siti dihubungi

Wah, memang betul!

Kuliyyah Sains cuti 1 minggu.

Malam itu ana sudah berada dalam bas Utama menuju Kedah.

Topeng muka dipakai sepanjang perjalanan.

Rakan sekamar, dua orang sudah dikuarantin, ada gejala H1N1. Ana lebih selesa berada di rumah. Lebih-lebih lagi memikirkan cuti raya yang bakal ditolak menjadi seminggu sahaja.

Momok nampak kurus, tapi perut bulat macam belon.

Abah ke Bandung, Indonesia.

“Bapak mau makan angin” kata abah,membalas sms ana

Mama nampak makin mengecil dan adik makin mengembang

Rupanya, perasaan tidak betah untuk pulang itu ada sebabnya.

Momok mati dua hari selepas ana pulang. Muntah hitam. Mama kata mungkin kena racun.

Seharian ana menangis. Momok bukan kucing biasa. Ternyata ia menghantui ana dengan kerinduan.

Segala puji bagi Allah.

Tuhan telah menghadirkan makhluk yang begitu indah untuk ana belai dan sayangi.

Hari-hari selepas itu terasa agak tawar. Sesekali ana keluar juga ke bandar bersama-sama adik; yang masih juga dalam kesedihan.

Abah pulang dengan oleh-oleh; tempe celup tepung dan baju berfesyen muda-mudi-cantik, tetapi akhirnya ana pakai dalam rumah saja. Huhu~

Pulang ke kampung. Di Sri Julok, ada rambutan merah menyala, naga yang berderetan tepi jalan dan pokok dukong berbuah lebat. Resort Ngah Mat dan Ngah Ta makin hebat.

Seronoknya apabila memikirkanhasrat membawa kawan-kawan pula datang ke sini. Menikmati buah-buahan.

Di sini juga ada pari-pari kecil comel datang menari-nari.

Sarah, Dik Cah dan Hafiz.

Para-para besar; Syafiq dan Hanan demam.

Tiba-tiba dapat perkhabaran kekanda pari-pari pula demam panas di Maktab Maahmud, langsung dibawa pulang ke rumah oleh Ngah Ta.

HINI.

Jangan kita ambil ringan.

One thought on “H1N1

    Hazita bt Kamis said:
    August 16, 2009 at 12:56 am

    Assalammualaaikum .hari ini buat pertama kali Ngah Ta layari laman web.Tahniah .Belajar sunguh-sungguh sampai berjaya mencapai matlamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s