Ramadan

Posted on

Saat berbuka puasa sememangnya saat paling menggembirakan bagi ana [moga begitu juga saat bertemu Tuhan]. Kesempatan berbuka bersama-sama rakan-rakan pun adalah saat yang membahagiakan.

Fazilah, sahabat ana yang seorang ini, tidak tahan memakan juadah yang pedas-pedas. Kata Atul, minum minuman panas, nescaya hilanglah rasa pedas teramat itu.

Pelik kan?

Mengapa mau tambahkan lagi ‘penyeksaan’ itu?

Kata Atul, “Puas.”

Kepuasan.

Begitulah Ramadan.

Setelah penat berpuasa-menahan lapar, dahaga. Kita masih mampu lagi bangun berjalan menuju ke musolla, atau masjid, atau pun sekadar di bilik sendiri-bersembahyang terawih. Selepas itu disusuli pula, qiamulail, witir, tilawah, tadarus dan ulangkaji pelajaran.

Tidak terasakah kepenatan itu?

Rahsianya terletak kepada Ramadan.

Di dalam puasa itu terletaknya 3 jenis sabar, iaitu

1. Sabar dalam ketaatan: sabar melakukan amal ibdah

2. Sabar dalam maksiat: berusaha meninggalkan dosa/lagha

3. Sabar dalam keperitan/ kesulitan

Sabar yang ketiga-tiga inilah rupanya yang telah mendidik diri kita supaya punya daya tahan yang tinggi atas keperitan yang ditempuhi.

Wah!

Beruntungnya Muslim kan?

Jadi, jikalau kita sama-sama sabar menempuh puasa dan sedaya-upaya tingkatkan amalan walaupun penat, natijahnya?

Tekal menghadapi kepayahan…

Teringat adik Madihah (pelajar terbaik SPM) yang selalu berpuasa

2 thoughts on “Ramadan

    comel said:
    September 2, 2009 at 7:44 am

    wani bila nk blnja sy nasi myk lagi utk bka pose?? sedap la y aritu punye.waiting for the next😉 hehehe la3

    Al-Fatihah « Wardah Puteh said:
    July 31, 2011 at 10:39 am

    […] Ramadan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s