Selamat Menempuh Ujian: Erti Ilmu

Posted on Updated on

Esok, insya’Allah kertas ketiga peperiksaan pertengahan semester akan ana duduki. Subjeknya ialah Medical Biotechnology- berkisar penyakit yang berpunca daripada genetik, rawatan dan aplikasi. Pensyarahnya; Dr. Raha, dari Kuliyyah Kejuruteraan UIAM Gombak-Department Biotechnology Engineering.

Dr. Raha yang manis.

Segala puji bagi Allah kerana selalu menemukan ana dengan orang-orang yang hebat. Kerana dari setiap pertemuan itu dapat ana pelajari sesuatu. Kagumi sesuatu. Contohi sesuatu dan sekaligus meningkatkan lagi kesyukuran kepada-Nya.

Bersyukur kerana Allah izinkan memperoleh ilmu.

Dr. Raha, yang ana pelajari daripadanya, adalah passion towards knowledge.

Ana selalu berdoa di dalam hati semasa beliau mengajar, supaya nanti turut berjaya mengamal kerja kerasnya dan cintanya terhadap ilmu.

Kata Dr. Raha, “Usaha keras dan lebih tidak akan sia-sia. Jika tidak kembali kepada diri anda kembali, insya-Allah akan tumpah kepada anak-anak anda, barangkali anda akan punyai anak-anak yang bijak.”

Sebenarnya ini juga berkonsep ihsan. Membuat satu-satu perkara yang diamanahkan lebih daripada yang dikehendaki. Perfect!

Perfection.

Semasa berbincang dengan adik-adik usrah tentang erti ilmu. Adik Awan membuatkan ana terkesima dengan bicara;

“Dakwat yang menitis daripada orang yang belajar, pada hari akhirat kelak akan ditimbang dengan darah para pejuang, ternyata dakwat yang menitis itulah yang lebih timbangannya.”

Masya-Allah. Tuhanlah yang mengurniakan nikmat dan mengajari kita ilmu!

Keindahan ilmu tidak dipelihara

Apabila ana katakan ungkapan Dr. Raha kepada Farah sewaktu dia melahirkan rasa kesal tentang tingkah segelintir  kawan-kawan yang meniru dalam peperiksaan, balas Farah kembali,

“Alhamdulillah, ini indikator ibu dan ayah saya tidak meniru ketika peperiksaan dulu!”

Selamat Menjawab Peperiksaan TANPA Peniruan-termasuklah perbincangan tanpa kebenaran pensyarah.

.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s