Ramadan

Posted on

Segala puji bagi Allah kerana masih mengizinkan ana bernafas dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang indah. Terasa seperti mau terus mendakap erat Ramadan dan melarangnya supaya tidak pergi meninggalkan setiap hembus nafas ana…

Supaya setiap hari adalah Ramadan.

Baharu sahaja usai kertas Chemistry and Biochemistry in Natural Products-berkisar mekanisma kimia yang berlaku dalam bahan-bahan yang terhasil dari alam semulajadi-yang boleh dimanfaatkan sebagai ubat, pewarna, wangian dan sebagainya.

Soalan yang ditanyakan, alhamdulillah, easier than expected. Jikalau dibandingbezakan dengan soalan senior semester sebelumnya, ana harus berlapang dada dan berterima kasih kepada pensyarah. Walau bagaimanapun, seperti biasa, ana masih belum puas dengan jawapan yang telah ana berikan.

Musuh paling kejam dalam kehidupan manusia adalah kelalaian.

Sahabat yang paling baik pernah hadir di samping manusia ialah mengingati 5 perkara, antaranya lapang sebelum sempit.

Alhamdulillah.

Wahai diriku, wahai temanku, yang paling bermakna itu adalah kesedaran walau pun kita terpaksa menahan kesakitan.

Air mata yang tumpah kerana tidak dapat menjawab soalan itu, adalah lebih baik berbanding peniruan dan pembohongan.

Ada 16 hari cuti bermula sekarang.

Ana sudah menyenaraikan perkara-perkara yang ingin dilakukan. Paling kepingin sekali pastilah, menukil puisi dan meneruskan projek logkembara.

Alhamdulillah draft sudah dihantar dan diluluskan.

Selamat mencicip sisa-sisa Ramadan, inilah isi paling manis.

Selamat beriktikaf di masjid, imarahkan sunnah Junjungan kita; Rasullullah.

Selamat bertemu hari bahagia, Hari Raya Eid Fitri, semoga kembali kepada fitrah.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s