Menulis Puisi Bukan Mudah

Posted on Updated on

Menulis puisi bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila lama tidak menggulatinya. Kadang-kadang pula terlupa menjadi pemikir yang menganalisa persekitaran sekeliling, menjadi otak tumpul dan kebekuan idea.

Menulis puisi adalah penulisan kata-kata hati, yang tidak boleh dipaksa-paksa, tetapi boleh dirangsang (pembacaan, fikir dan analisa melalui rasa dan akal).

Cuti yang berakhir, menemukan pencarian ana dalam pergelutan menarah minda dan menggasak nubari sedaya-upaya melahirkan idea-idea untuk memutikkan puisi baharu. Daripada koleksi-koleksi buku puisi, majalah Dewan Sastera hinggalah ke Kamus Dewan, ana tatapi sungguh-sungguh, juga memaksa jiwa menghayati dengan mendalam, pun berakhir dengan kekecewaan. Bagi seorang penulis (jikalau boleh ana menggelarkan diri sebegini), kebuntuan menghasilkan karya adalah saat paling menyedihkan, menyesakkan dan mengecewakan.

Segalanya mungkin bermula daripada kisah kehilangan laptop-rumah dicerobohi pencuri. Sewaktu menyedarinya, apa yang terbayang di benak ialah karya-karya ana, sedari zaman persekolahan sehingga kini-lupus terus sekelip mata. Walau pun selalu mengingatkan diri sendiri bahawa ana masih tidak kehilangan otak, pun rasa sedih dan hilang mood untuk menulis tetap datang bertandang.

Namun, alhamdulillah, masih ada saki-baki karya yang disimpan di dalam bentuk hard copy mahupun softcopy-melegakan sedikit rasa.

Pada saat ini ana berharap dapat meneruskan kembali kelahiran puisi-puisi yang bermutu, menyiapkan logkembara Mesir (kendalian saudara Hafezin) dan manuskrip novel pertama insya’allah, untuk dihantar ke Penerbitan Galeri Ilmu. Plot sudah ada, idea asal untuk fiksyen sains berkisar bioteknologi akan ana sulami dengan unsur-unsur agama supaya lebih mengesankan dan memberi manfaat.

Buat masa ini, ana berdoa semoga diberi kekuatan, dalam pergelutan masa antara pelajaran di kampus, aktiviti persatuan dan sastera.

Amin.

Doakan ana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s