Genetik, Penyakit Warisan dan Masyarakat

Posted on

Dalam subjek Medical Biotechnology, ana telah pelajari tentang kerosakan gen, mitokondria, kromosom dan pelbagai faktor yang menyumbang ke arah segala macam penyakit yang berkaitan dengan genetik.

Cystic fibrosis, haemoglobinopanthies, Tay Sachs disease, phenylketonuria, alpha-antitrypsin deficiency, Huntington’s disease, familial breast cancer, myotonic dystrophy, haemophilia, Duchenne MD, Fragile-X-syndrome, Down’s sydrome, Turner’s syndrome, Kinefelter’s syndrome, Kearns-Sayre syndrome, CPEO, retinoblastoma, colorectal cancer dan pelbagai lagi.

Sekaligus, semua ini menyumbang rasa syukur kerana ana antara makhluk yang ditakdirkan Tuhan sebagai makhluk sempurna, untuk tekal bernafas di atas bumi Rabb. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Kejadian semua penyakit berkaitan genetik bukanlah suatu proses yang mudah untuk dikenal pasti disebabkan kompleksiti puncanya dan penyakit itu sendiri. Apatah lagi penyakit molecular genetic- berkait rapat dengan gen, paling kecil, tidak nampak melalui mata kasar dan sangat kompleks. Inilah jua bukti adanya Tuhan.

Tahap penyakit-penyakit ini juga berbeza mengikut individual. Juga ada yang mewarisi tahap sangat teruk berbanding ibu dan ayah yang menjadi pembawa- ini dinamakan anticipation. Juga ada penyakit genetik yang dirangsang oleh persekitaran, termasuklah gaya hidup, eg: merokok dan pemakanan tidak seimbang eg: BBQ. Terdapat juga antara penyakit ini yang berbeza frekuensi natijahnya (penetrance). Contoh, walau pun mewarisi alelle split hand sydrome, masih ada yang mempunyai tangan sempurna, kontra dengan sifat asal penyakit yang menyumbang ke arah pembentukan tangan tidak sempurna seperti kuku binatang (claw).

Sangat rumit!

Begitulah juga dengan ‘penyakit-penyakit’ yang mewabaki dunia manusia sekarang.

Kata bijak pandai, benih yang baik datangnya dari pohon yang baik.

Jikalau kejahatan itu dijadikan darah daging, tidak mustahil kejahatan itu diwarisi oleh anak cucu kita.

Barangkali kesannya tidak ketara seperti penetrance tadi. Tetapi besar kemungkinan natijahnya kian buruk seperti anticipation. Ibu meniru di dalam peperiksaan, anaknya tidak mustahil menerima rasuah. Nauzubillah.

Tidak lupa juga, pengaruh dari persekitaran-media massa, rakan-rakan dan internet yang mengajak nafsu turut menerokai perkara jahat. Jika kuat pegangan iman mengwal nafsu, pastinya penyakit berjaya dikekang.

Puncanya sukar untuk dicari gali, dikenal pasti dan diubati, serumit ‘penyakit’ itu sendiri.

Jika kita berfikir untuk diri kita sendiri, berfikirlah untuk anak-anak comel yang bakal atau sudah kita miliki, keluarga kita dan orang-orang yang kita cintai.

Sesungguhnya, masyarakat yang berpenyakit, lambat-laun akan menyusahkan kita.

Pilihlah untuk bebas ‘penyakit’ dan mencegah ‘penyakit’ daripada diwarisi dunia.

One thought on “Genetik, Penyakit Warisan dan Masyarakat

    safiy said:
    October 12, 2009 at 1:37 pm

    salam ziarah wani..jemput mai opening i quest..kami join demo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s