Ibadah yang seringkali dilupakan…

Posted on Updated on

Tiga belas hari lagi sebelum peperiksaan akhir berlangsung, sepatutnya ana sudah di paras sedia dan hanya perlu mengulang apa-apa yang telah dibaca sahaja. Namun begitu, sudah menjadi resmi, penghujung semester adalah saat kerja kuliah bertimbun-timbun datang dan menagih untuk disiapkan.

Tiga hari yang lalu, ana bertungkus-lumus menyiapkan kerja subjek Bioinformatics- mengagak struktur protein dengan protein yang telah dikristalkan menggunakan perisian dari internet. Berjam-jam sedari awal pagi sehingga malam menatap komputer, rehat untuk solat dan makan pun seolah dilupakan. Benar terasa letih, otak terasa tepu, hati terasa sesak apabila terus diasak mencari jawapan. Juga karenah ahli kumpulan- [apakah yang lebih susah daripada ‘operational management’? Manusia bukan robot, kompleksitinya serumit struktur protein!] dan diri ana sendiri, yang dikesani mudah sangat terasa bersimpang-siur dan panik apabila kerja menimbun.

Seperti kata Nadiah, sahabat ana, saat kronik/ kritikal seperti ini adalah latihan sebelum berada di landasan sebenar; alam pekerjaan, alam dewasa. Sikap acuh tidak acuh, berkira dalam bekerja (kerana tidak menyedari kerja mencari ilmu juga adalah suatu ibadah, maka konsert/ Nur Kasih/ Korean drama lebih didambakan), ahli lelap, mengungkit, prejudis, tidak berusaha untuk berfikir dan hanya bergantung pada orang lain, tidak mengikut arahan, dan tidak cekap mengurus masa. Semuanya akhir sekali menjurus kepada kerja-kerja yang tidak efisyen. Ini termasuk diri ana sendiri yang kadang-kadang alpa.

Sewaktu semua ini berakhir (kerja disiapkan), ketika berada di tikar sejadah, ana terfikir, jika sebegini ‘sibuknya’ ana di alam pekerjaan kelak, waktu untuk Tuhan masih adakah? Fikiran waras ana mengatakan inilah pentingnya niat sebelum memulakan segala kerja, supaya kerja itu bukan sekadar kerja semata-mata, tetapi juga ibadah. Passion towards knowledge boleh digandakan lagi dengan ingatan bahawa ini juga adalah ibadah, ibadah ini akan dibawa waktu sudah mati kelak, dan apabila dihisab Tuhan akan ada sedikit bekalan untuk ditimbang.

Suis utama inilah yang perlu diperhatikan supaya tidak tertutup. Suis utama yang menghubungkan kita dengan Tuhan. Supaya kita menjadi seyakin Nabi Ibrahim a.s.

Keyakinan untuk mendepani segala ujian dapat diasah dengan 7 wonders of Islam..

1. Love

2. Fear

3.Ikhlas

4. Tawwakal

5. Patience

6. Syukur

7. Hope

Selamat Menempuh Peperiksaan- dunia dan akhirat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s