Di bawah sayap malaikat

Posted on Updated on

Hujung minggu yang baru berlalu ana ‘dipaksa’ Tuhan menghadiri beberapa siri majlis-majlis ilmu. ‘Dipaksa’ kerana diri ana ini terasa begitu malas dan culas, hanya mau memikirkan perihal peperiksaan akhir sahaja.

Bermula dengan siri ‘Menguruskan Jenazah’ -termasuk praktikalnya sekali. Kata mama sewaktu ustaz Noh imam surau hadapan rumah kami (yang masih belum pencen itu) meninggal dunia,

‘kakak kena kenal sapa yang nak dihubungi kalau mama dan abah mati nanti.’

Ya, barangkali sebagai seorang Kak Long ana perlu tahu, tapi barangkali juga ana sebagai hamba Tuhan patut bersedia, yang terjadi mungkin sebaliknya-mama dan abah yang mengkafankan ana.

Siri majlis ilmu kedua, bacaan Matsurat Kubra selepas subuh kelolaan AJK Batch. ‘Dipaksa’ juga Tuhan menyampaikan sedikit peringatan kepada kawan-kawan. Akhirnya ana perolehi ‘tips’ daripada Tuhan sewaktu menyelak lampiran matsurat itu!

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, ‘Suatu hari Rasulullah s.a.w masuk masjid, tiba-tiba berkata, mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu salat? Abu Umamamh r.a menjawab,’kerana kegalauan yang melanda hatiku dan hutang-hutangku, ya Rasulullah.’ Rasulullah s.a.w bersabda,’Bukankah aku telah mengajarimu beberapa bacaan, bila kau baca nescaya Allah menghilangkan rasa galau dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?. Abu Umamamh berkata, ‘benar ya Rasulullah. Rasulullah bersabda, ‘ Ketika pagi dan petang ucapkanlah, ‘ Allahumma inni a’uzibika minal hammi wal hazan.’ Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah menghilangkan rasa galau dari diriku. (HR Abu Daud)

Siri majlis ilmu ketiga, slot pengisian untuk adik-adik Study Circle-Dakwah, Islah & Falah.

Kata penceramah, dunia ini adalah fantasi, spekulasi, polusi, dan manipulasi. 

Benar, barangkali kalau ana tidak memikirkan bahawa ada lagi satu dunia yang bakal ana hadapi, memang peperiksaan akhir itu menjadi satu fantasi yang mengheret ana tidak menghadiri majlis-majlis seperti ini. Nauzubillah.

Siri majlis ilmu keempat-seminar pelaksanaan perundangan jenayah syariah: isu dan cabaran. Perihal Kartika di Dewan JAIP. Dapatlah ana melihat demo sebat, rotannya macam rotan abah ana saja! Huhu.

Pada pendapat ana, hukuman maksimum yang diberikan kepada Mahkamah Syariah-rm5ribu,3tahun penjara dan 6 sebatan tidak melambangkan negara ini negara Islam.

Alhamdullillah Tuhan telah ‘memaksa’ ana menghadiri majlis-majlis ilmu ini. Ana telah melihat malaikat menebarkan sayapnya, sekaligus meredupkan segala bahang peperiksaan akhir yang bakal muncul. Insya’Allah, ketenangan hati berada dalam jiwa yang redha dan selalu bersyukur.

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s