Ilmu

Posted on Updated on

Sudah lama tidak menulis bukan bererti cinta sudah hilang, tetapi rindu kian mengembang.

Dua kertas berakhir sudah, seperti biasa masih tercalit rasa tidak puas, pun begitu sasaran masih berada di tempat paling teratas.

Menyelak kembali nostalgia tahun pertama di kampus, ana terbaca tentang tips menjelang dan sesudah peperiksaan di dalam sisipan rasmi SCIENCESS-:

periksa semula jawapan selepas peperiksaan.

Saat membacanya, perasaan aneh menyerbu dan kelat membasuh hati.

Memeriksa kembali jawapan barangkali akan menemukan kita dengan penyesalan, kesedihan, putus ada dan rasa tidak bahagia apabila ternyata jawapan yang telah kita lakarkan itu salah!

Stigma itu rupanya berubah seiring pertambahan usia. Jadi semacam keresahan pula jika tidak mencari jawapan yang benar, apatah lagi jika tidak dapat menjawab dengan tepat di dalam peperiksaan.

Pun begitu, sekeliling nampaknya tidak faham atau tidak mahu memahami, atau barangkali ana kelihatan seperti pelajar tolol yang selekeh. Adakah perbuatan membelek nota selepas peperiksaan menandakan seseorang itu tidak dapat menjawab dengan baik atau pun pasti akan mengulang subjek semula semester hadapan?

Ilmu itu telah menitis dari langit. Tempat jatuhnya adalah di gurun sahara kontang yang panas sekali.

Ilmu itu adalah kembang cempaka, harum mawar dan biru samudera.

Ilmu itu juga adalah jelmaan bidadari bermata jeli yang menari di atas pelangi.

Ilmu itu terlalu indah. Terlalu mesteri. Terlalu mengasyikkan.

Mentaliti kita jangan disempitkan dengan kerja keras kerana peperiksaan semata-mata, atau pun hanya mau meraih markah paling tinggi tanpa secalit gagal pun, kerana kegagalan itu juga adalah ilmu!

 

 

 

 

One thought on “Ilmu

    Alberangque said:
    November 9, 2009 at 3:56 pm

    Assalam mu alaikum wr wbt
    Ilmu itu ialah sampainya makna sesuatu ke dalam diri. Jika sesuatu tidak sampai maknanya kedalam diri ia sekadar menjadi maklumat atau pengetahuan. Kalau makna sesuatu sekadar diingat atau boleh diluah kembali dalam kertas jawapan itu hanya dinamakan maklumat atau pengetahuan. Jika makna sesuatu memberi bekas kepada diri makna sesuatu itu akan merubah tangkahlaku dan perbuatan. Kalau makna pentingnya solat hanya sekadar dalam minda sahaja itu bukan ilmu tetapi ia maklumat sahaja. Tetapi kalau makna pentingnya solat sampai kedalam diri maka orang itu akan sentiasa melaksanakan solat dengan penuh khusuk sehingga solat itu menjauhkan dirinya dari perbuatan keji dan mungkar.
    Oleh itu ilmu bukan sekadar kembang cempaka atau biru semudra. TK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s