Salam Aidil Adha

Posted on

Terlalu banyak perkara yang ingin ana coretkan usai peperiksaan akhir semester yang lalu. Kertas akhir yang begitu mengecewakan telah mengantar ana ke dunia lain yang ana rindui dalam Pertemuan Penyair Nusantara kali ke-3 di Menara DBP. Segala puji bagi Allah, antologi puisi pertama ana berjudul Rumpun Kita telah dilancarkan sempena perhimpunan ini. Puisi ana bertajuk Pelangi Bukan Bayang-bayang telah dimuatkan bersama-sama penyair-penyair dari Malaysia, Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia. Yang ana temui adalah kepingan-kepingan hati yang tercicir dalam usaha ana menerobos potensi diri sendiri dan keinginan untuk mengimbangkan apa-apa yang ana punyai supaya menjadi sesuatu yang bermakna dunia dan akhirat.

Pulang ke Kedah dengan bingkisan rindu pula buat ayahanda, bonda dan adinda. Kemudian ke Pulau Pinang melawat mak cik yang menderita breast cancer tahap 4. Menemuinya seperti telah membawa ana dari bacaan-bacaan fantasi ke realiti, yang ana temukan adalah kebergantungan kepada Tuhan.

Aidul adha, ana berkorban sebahagian lembu ihsan duit bonda, dan berpeluang bergotong-royong memasak bersama-sama.

Cuti yang tersisa diisi dengan bacaan buku-buku puisi, cerpen dan motivasi. Terbaharu, buku berjudul Revolusi IQ,EQ,SQ tulisan Taufik Pasiak, Penerbit PTS.

Semester hadapan, ana bakal berkenal-mesra subjek-subjek concentration; food dan sebolehnya mau merangkul CGPA yang lebih baik, supaya nanti jalan di masa hadapan menjadi mudah dalam menuntut ilmu.

Oh ya, pertanyaan dari saudari yang bertanya di CV, untuk memilih concentration yang baik, pertama sekali tanya pada diri sendiri, apa yang diminati? Kedua dan seterusnya, pasaran, peluang kerja, kemudahan yang disediakan dalam pembelajaran dan sebagainya. Pun begitu, pesan pensyarah ana, tahap ijazah ini masih umum, pengkhususan nanti dalam tahap master. Makanya, jika anda memilih Enviromental Biotechnology, tidak bermakna saudari tidak boleh memilih pegkhususan dalam subjek Marine untuk Master nanti. Apa-apa pun ana cadangkan saudari membuat sedikit research atau homework (melayari internet, bertanya pada senior, pensyarah) untuk membuat pilihan yang terbaik. All da best!

Doakan ana & keluarga.
Salam Pengorbanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s