Semester Baharu

Posted on Updated on

Ana kini bergelar siswi tahun tiga semester dua. Bermakna, tinggal 3 semester lagi, insya’Allah bakal bergelar graduan bioteknologi pengkhususan pemakanan.

Subjek-subjek yang diambil semester ini ialah:

1. Natural Resources Management [menjurus ke Marine Biotechnology] Kuliyyah Required Course

2. English for Occupational Purposes (EOP) [pembentangan projek ala-ala syarikat dan rumusan sebuah buku bahasa Inggeris]Kuliyyah Required Course

3. Food Biotechnology Concentration Course

4. Applied Molecular Genetics Concentration Course

5. Food Chemistry Concentration Course

6. Analytical Methods for Functional Foods and Nutraceuticals Concentration Course

7.  Entreprenuer

Kesemuanya dengan tiga kredit kecuali entreprenuer menjadikan 18.5 kredit perlu diambil semester ini.

Seperti biasa ana mensasarkan 3.8 GPA, amin. Pun begitu, ana menyedari bahawa semester ini adalah semester yang mencabar, kerana terdapat dua subjek yang agak sukar bagi ana yakni Applied Molecular Genetics dan EOP [kerana subjek ini menagih banyak masa seperti EAP]

Semester yang lepas ana memperoleh 3.397 GPA, pencapaian terbaik setakat ini walaupun tersasar sedikit daripada semester sebelumnya [4.01GPA] dan tersangat jauh tersasar daripada sasaran 3.8GPA. Paling ana syukuri kerana tidak perlu mengulang kertas untuk subjek terakhir dengan gred B- yang ana peroleh. Alhamdulillah.

Cabaran kian getir namun semangat kian bersemarak…

Ana kini memahami apakah rasanya jika ahli keluarga menjadi mangsa kanser. Doktor telah menyuruh mak cik ana dibawa pulang. Hopeless. Pun jiwa ana masih meronta, tentu ada ubatnya! Yang terpamer pada mata abah, kesedihan abah..Ana melihat sisa-sisa waktu yang tinggal begitu berharga untuk menagih pahala daripada Tuhan, tetapi mak cik langsung tidak berdaya hatta untuk mengeluarkan sepatah kata.

Tuhan,

kamar pengap yang berbunyi maut

seringkali mencungkil segala resah

dari dadaku yang kosong.

 

Aku merangkak pada setiap bucunya

yang kutemui sepasang mata

yang dibasuh

kepiluan.

 

Pada dindingnya

cabikan-cabikan dosa

menarik-narik masa depan

yang suram

dan jendelanya saat terbuka

menampakkan malaikat yang mau

mencabut nyawa.

Ana percaya, suatu masa nanti, akan bertemu jua dengan penawarnya. Ana juga percaya bioteknologi boleh mengubahnya. Ana juga percaya seperti kepercayaan Dr. Raha, terapi gen [gene therapy] akan menjadi realiti dan digunapakai oleh semua.

Amin.

One thought on “Semester Baharu

    Muhammad said:
    December 10, 2009 at 11:14 am

    Tahnia..atas kejayaan anda.. sila layari blog saya untuk menambah pengetahuan tentang keluarga Baginda Rasullahah yang dihina…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s