Catatan setelah seminggu semester bermula…

Posted on Updated on

1. Kuliah bermula dengan ilmu baharu, keghairahan baharu dan matlamat lama. Ana telah mengambil keputusan tidak mengambil subjek EOP semester ini tetapi ditunda pada semester akhir, tahun akhir nanti.

2. Permohonan latihan industri ana di MARDI Bukit Tangga ditolak kerana kononnya hanya mengkaji buah-buahan tropika, tidak dalam bidang bioteknologi makanan. Kemudian ana memohon pula INFORMM di Pulau Pinang [molecular medicine] dan syarikat GANO di Alor Star yang membuat kopi cendawan merah dan spirullina. Moga-moga diterima. Jika tidak diterima pula, ana akan memohon syarikat-syarikat sekitar Pulau Pinang, MARDI Serdang, syarikat-syarikat sekitar Selangor, K.L, institut penyelidikan Bioteknologi yang lebih kepada penulisan artikel dan akhir sekali di Zoo Negara [pilihan terakhir tetapi menarik kan?]

Kemudian tiba-tiba mendapat e-mel tentang MYVITISDOTCOM(M)SDN BHD. http://www.vitis.com.my/

Menarik juga kan?

3. Dua jemputan ke majlis sastera terpaksa ana tolak kerana komitmen sebagai pelajar:

a.Syarahan Agung SN [esok]

b.Perhimpunan alumni MPR [Jumaat]

Kuiz kedua Apllied Molecular, Isnin hadapan dan kelas Food Biotech. tetap dijalankan Jumaat petang, walaupun cuti satu Muharram.

4. Ana mensasarkan sebanyak mungkin buku-buku bacaan serius berkisar kajian saintifik semester ini.

5. Ulangtahun ke-22 ana 9 Muharram ini.

One thought on “Catatan setelah seminggu semester bermula…

    Jodoh saya, kalau sudah takdir « Wardah Puteh said:
    March 13, 2011 at 12:25 pm

    […] juga pernah memendam rasa nak ke MARDI Bukit Tangga , tapi tak dapat . […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s