Pensyarah Food Biotechnology

Posted on

Soalan:

Apakah rasanya jika diajar oleh orang yang hebat?

 

MESIN IRWANDI BANTU MUSLIM

Source:

Harian Metro Date:

03/05/2006 Page No:

02 Byline:

PEMBABITAN dalam bidang pendidikan dan kajian diceburi melebihi enam tahun lalu, memberikan kepuasan apabila mencipta mesin canggih yang mampu mengesan kandungan produk makanan yang bercampur bahan tidak halal.

Pensyarah Bahagian Program Bioteknologi Kuliah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Irwandi Jaswir, 35, mencipta mesin Spektroskop Inframerah Pengubah Fourier (SFTIR) yang boleh mengesan kandungan lemak babi, gelatin dan alkohol dalam tempoh kurang seminit.

Kejayaan ulung Irwandi itu turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi pingat emas di Pameran Antarabangsa Inovasi, Teknik Baru dan Produk ke-34 di Geneva, Switzerland, baru-baru ini.

Selain itu, beliau pernah memenangi pingat perak di pertandingan sama melalui kajian dibuatnya bersama seorang lagi pensyarah UIAM, Dr Mohd Elwathig Mirghani.

Irwandi berkata, penyelidikannya bukan saja untuk industri malah membantu umat Islam mengenal pasti barangan halal di samping merealisasi usaha kerajaan menjadikan Malaysia pusat hub halal dunia.

Menurutnya, ia mampu menjimatkan masa, mesra alam dan menawarkan perkhidmatan cepat serta konsisten dan boleh digunakan terhadap sample berbentuk cecair mahupun pepejal secara terus.

Untuk menggunakannya, beliau berkata, sampel ujian perlu dimasukkan ke dalam mesin berkenaan dan cahaya infra merah akan mengesan mana-mana sampel yang mengandungi bahan tidak halal.

“Pada awalnya, saya tidak menyangka kajian itu akan memenangi tempat pertama kerana persaingannya terlalu kuat.

“Kejayaan ini membuktikan saintis Islam berkemampuan, cuma kita perlu berani,” katanya.

Pensyarah muda yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia ini mendapat pendidikan awal di Universiti Pertanian Bogor (IPB) sebelum menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana Bioteknologi di Universiti Putera Malaysia (UPM).

Irwandi kemudian melanjutkan pengajian serta melakukan penyelidikan di Universiti of British Colombia, Kanada (UBC) bermula dari 1997 sehingga 1999 sehingga peringkat doktor falsafah.

Kerjaya bapa kepada dua anak ini turut mendapat sokongan isterinya, pensyarah fakulti pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fitri Octavianti.

Irwandi adalah Timbalan Dekan di Kuliah Sains, UIAM dan sudah berkhidmat selama lima tahun. Dia juga aktif menulis jurnal saintifik peringkat antarabangsa yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

 

Samadi Ahmad

 Jawapan:

-Semangat yang berkocak setiap kali bicara keluar dari bibirnya dan rasa kagum pada Kekuasaan Tuhan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s